Monday, October 7, 2013

Flash China Tablet Guna LiveSuit (Versi Bahasa Melayu By Abe Atok)

Salam Sejahtera..

Kembali lagi pada kali ini untuk satu perkongsian mengenai Perisian LiveSuit yang digunakan untuk memprogram tablet buatan china khasnya jenis Allwinner A10 dan A13. Perisian ini menggunakan Bahasa Melayu yang telah saya terjemah dan recreate semula bagi memudahkan pengguna2 atau anda yang baru atau cuba melakukan proses flash sendiri tablet china yang anda ada dan mungkin mengalami masalah gagal berfungsi serta sebaliknya. Versi asal perisian ini menggunakan bahasa china, kerana kita sedia maklum tablet ini berasal dari negara berkenaan.

Sebelum ni memang saya pernah laku proses pengubahsuaian ini, tetapi kerana gagal dlm pack driver yg tetiba hilang dan perisian utama gagal berfungsi secara normal maka saya mengambil keputusan untuk hentikan sementara apa yang cuba saya lakukan.


Setelah percubaan pertama saya gagal, setakat untuk kegunaan sendiri saya dapat atasi untuk kali kedua walaupun pack driver untuk peranti dapat berfungsi, maka dengan itu keyakinan saya terhadap mengeluarkan semula setiap rc file format untuk cari dimana silap dan kesilapan yang telah saya lalui, akhirnya saya menemui penyelesai untuk repack smula driver agar boleh di ektrak keluar bersama semasa proses ektrak keseluruhan file2 kandungan.

Untuk mencuba perisian Livesuit 1.11 versi bahasa melayu ini anda boleh muat turun diSINI.
Perisian ini adalah percuma.

Langkah2 Pemasangan.

Apa yang perlu anda lakukan selepas muat turun, Extrak zip file ke mana2 folder yang anda rasa perlu.


Selanjutnya untuk pemasangan perisian ini, anda cuma perlu double klik pada satu pack file.
Lihat contoh gambar.
<----------








Bila paparan seperti didalam gambar dibawah, Klik Yes.


Pack perisian akan ektrak secara auto smua file2 yang terdapat dlm pack ke lokasi folder yang sama dimana pack asal itu anda simpan.
Lihat contoh gambar dibawah.





















Dalam pada masa yang sama juga, satu pengesahan untuk pemasangan Driver untuk Peranti ini perlu disahkan untuk pemasangan, sekiranya ada sudah punya driver untuk flash Tablet jenis Allwiner ini, maka anda boleh mengabaikan, tapi tidak saya galakkan kerana driver untuk flash ini bukan seperti kebanyak driver2 untuk mengenal pasti peranti semasa peranti itu dalam situasi ON.
Driver ini hanya untuk peranti berada mode OFF dan driver ini hanya mengenal hardware. Atau Main Board. Kerana driver akan tersenarai pada bahagian "Universal Serial Bus Controller" Bukan bahagian device adb.


Melihat gambar diatas, anda perlu memilih "Install this driver software anyway". Jangan risau, ianya bukan virus, hanya kerana windows tidak dapat mengenal pasti pengeluar driver maka keadaan ini berlaku.
Setelah selesai pemasagan driver ini selesai, pada "DEVICE MANAGER" anda akan dapati terdapat satu USB Universal Serial Bus Controller mempunyai satu nama "USB Device(VID_1f3a_PID_efe8)" dan terdapat tanda nyata (This device cannot start. (Code 10)). Anda tidak perlu risau atau khuatir akan hal ini.



Anda tidak perlu mengubah atau bersusah payah mencari ganti untuk driver usb hub ini, kerana sambungan atau data asal tersimpan pada hardware. Sekiranya proses menyambung peranti dengan menggunakan USB cable kepada komputer mengikut cara yang betul, komputer akan mengenal peranti yang bersambung, maka yang yang tertera sebagai tanda NYATA (This device cannot start. (Code 10)) akan hilang. Sekiranya anda menarik keluar cable usb tersebut maka keadaan akan kembali kepada sebelumnya mengatakan peranti tidak dapat bermula. Bagi saya ianya cukup unik. :)

Disaat kali pertama anda menjalankan perisian Livesuit ini, anda perlu klik pada Livesuit.exe.










Apa yang anda dapat ni, beginilah peringkat awalan perisan ini beroperasi.



Dan dalam masa yang sama juga akan wujud 5 folder yang baru didalam folder yang mana anda letakkan Livesuit tadi.








Folder2 tersebut seperi dalam gambar dibawah.











Cara untuk melaku proses flash mengunakan perisian ini anda boleh lihat video ini,
Tidak ada bezanya dengan versi yang sebelum ini, cuma apa yang berbeza cuma dari segi bahasa, caranya tetap sama.


Setakat ini saja yang dapat saya kongsikan kali ini, Insyaallah, saya cuba mencari alternitif terbaik untuk berkongsi sesuatu yang bernafaat untuk pembelajaran kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajari teknik2 yang berkaitan phone hardware dan software.



Saya bukanlah seorang yang pakar, tetapi kerana hobi tahap gaban saya mengenai alat2 telekomunikasi
menjadikan saya melakukan semua ini. Dan saya lebih suka mengkaji isi dari melihat bentuk body.



Apa yang saya harapkan perkongsian ini memberi menafaat buat anda.

Sekian....
Semoga anda mendapat rahmatNYA. Walau dimana anda berada.

2 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...