Monday, October 21, 2013

Cara Install Driver untuk Spreadtrum Phone.


Salam sejahtera,
Kembali lagi untuk perkongsian kali ini, memandang banyak isu atau kes kegagalan untuk memasang driver untuk peranti Android yang berasaskan "Spreadtrum Phone", kali ini saya share bagaimana permasalahan ini saya atasi. Banyak model yang berasaskan spreadtrum ni, antaranya note 2 A7100, Wind Mobile, dan lain2 yang tak tersebut disini.


Dan saya sendiri melalui keadaan ini. Jadi apa yang saya share disini atas apa yang saya lalui utk mengatasi masalah ini, saya capture setiap proses yang saya lalui, luangkan masa menyusun untuk perkongsian ini. Malah capture image yang saya ambil melebihi 30 keping, cuma saya kurang mengikut jalan yang perlu sahaja selepas apa yang saya lalui diatasi.

Jika anda lihat gambar dibawah.
Yang mana keadaan ini saya capture semasa mula sambungkan Peranti jenis A7100.
Tidak seperti mana2 Tab/Phone dari jenis Wind yg akan measang driver secara auto melalui muat turun melalui Windows update yg saya setkan pada komputer buruk saya.

Melihat pada gambar dibawah, mungkin anda pengguna smartphone jenis android berasaskan Spreadtrum, dan pada Device Manager dikomputer anda menunjukkan keadaan yang sama seperti anda lalui.  Maka anda boleh ikuti langkah² seterusnya untuk mengatasi masalah pemasangan Driver pada peranti anda.




Bila anda Double Klik pada Other Device yang menyatakan tanda nyata seperti gambar diatas, maka paparan seterusnya akan muncul seperti gambar di bawah. Toturial ini saya siarkan mengikut jalan lurus, bukan shortcut kepada keadaan ini, mungkin apa yang anda baca terlalu komplek, saya harap anda faham bahawa, mereka yg tidak begitu arif mengenai sistem komputer mungkin satu pembelajaran sukar. Mungkin anda yang sudah biasa, anda mungkin punya cara tersendiri untuk ke paparan seperi gambar dibawah.


So, apa yang anda perlu lakukan seterusnya mengemas kini driver. Klik Butang "Update Driver".. lihat contoh gambar.


















Seterusnya apa yang dipaparkan selepas anda klik pada butang "Update Driver" tersebut, Langkah setusnya anda perlu memilih "Browse my computer for driver software..bla..bla..".
Lihat contoh gambar dibawah.


Seterusnya paparan akan kelihatan seperti gambar dibawah, Apa yang anda perlu lakukan saat ini, anda harus memilih "Let me pick from a list of device drivers on my computer..bla..bla.. " Seterusnya klik butang "Next".


Sekiranya anda telah mencuba pelbagai cara pemasangan driver untuk peranti anda gagal sebelum ni, paparan dibawah menunjukkan driver yang terpasang sebelum ada pada bahagian ini.
Apa yang perlu dilakukan memilih "Android Phone", seterusnya klik "Next".. Lihat contoh gambar dibawah.


 Apa yang saya dapati, pemasangan driver sebelumnya adalah untuk lain phone model, mungkin pada paparan yang anda ada mungkin berbeza, itu tidak menjadi permasalah utama, apa yg penting langkah seperti gambar diatas, Gambar dibawah ini yang terdapat pada komputer saya yang mana saya ada memasang driver untuk model Wind Tab, peliknya peranti tab tersebut menggunakan driver phone brand Alcatel, maka sebab itu kenapa gambar yang saya papar kan dibawah menunjukkan senarai phone Alcatel.

Jadi saya memilih salah satu darinya, ADB Android Interface. Senang cerita Pilih dulu apa2 driver yang ada kat list.. hentam jer dulu..


Mungkin kerana kedegilan saya untuk mengatasi masalah driver untuk model A7100 ni, maka saya tidak pedulikan setiap amaran yang dikemukan oleh Windows. Anda akan dapati paparan seperti dibawah, sekiranya pemasangan Driver tersebut berlawanan dengan peranti yang bersambung dengan komputer anda.
Jika anda juga degil seperti saya, klik "Next", jangan pedulikan amran oleh windows anda.


Yeahhhh...akhirnya inilah apa yang dipaparkan pada windows saya, diatas kedegilan saya.
Gambar dibawah menyatakan "Windows has successfully updated your driver software".
Ulang cara yang sama untuk Peranti yang tersenarai bahagian "Others Device" yang bertanya simbol NYATA lambang warna kuning tu sehingga, kesemua yang disenaraikan hilang pada bahagian "Others Device".


Opsss...
Proses ini tidak bermakna anda telah selesai mengatasi masalah phone driver, sebab ini adalah teknik penipuan yang saya lakukan. Mungkin anda kecewa?
Jangan mudah putus asa, untuk set A7100 ni saya amik masa 2 hari untuk atasi masalah sebijik phone ni, sedangkan banyak lagi set2 pelangan yang lain saya perlu selesaikan, adakah berbaloi saya menghabiskan masa saya selama lebih kurang angaran 2 hari, sedangkan jika anda bekerje dibayar gaji, anda dibayar berdasarkan jumlah jam anda kerje.

Nah..lupakan mengenai itu,
Apa yang anda perlu turuti langkah seterusnya. Walaupun gambar terakhir diatas telah menyatakan pemasangan driver telah berjaya, sebenarnya tidak.

Jadi apa yang anda perlu lakukan peraturan seterusnya.
Dalam keadaan set atau peranti masih bersambung dengan komputer anda,
Gunakan perisian "ADB Driver Installer". Jika belum ada, boleh muat turun disini.
Maaf, kebanyakkan tools saya, telah saya ubah ke Versi Bahasa Melayu.
Hanya suka suka ubah semua ni.

So, Dibawah ini adalah paparan bagi perisian "ADB Driver Installer".
Masa mula² anda klik pada perisian ini, mungkin apa yang anda dapati seperti gambar dibawah ini.
Mungkin jika pada asalnya semasa anda menggunakan perisian ABD Driver Installer ini, Tidak ada langsung senarai atau langsung tidak mengesan peranti phone anda, Namun sebaliknya apa yang saya temui selepas saya menipu pemasangan diver seperti yang saya tunjukkan diatas, Saya juga hairan, bagaimana Perisian ini mampu mengesan Peranti Spreadtrum Phone ini.


Hairan Bin Ajaib?

Sekarang apa yang anda perlu lakukan tanpa memikirkan seperti mana yang saya pikir untuk selesai masalah ini, anda boleh terus Klik "Install" Atau "Pasang" jika anda guna ADB Driver Installer Versi Bahasa Melayu yang saya suka suki bagi link diatas.

Saat pemasangan driver secara Adb Driver Installer ini, akan muncul paparan "Windows Security" Ini kerana driver yang dipasang tidak mempunyai sijil, Namun jangan anda risau, kerana in tidak merbahaya kepada komputer anda, Pilih "Install This Driver Software Anyway".


Maka selepas menunggu proses pemasangan driver selesai, apa yang akan anda dapati, keadaan atau pemasangan driver untuk peranti anda telah selesai dengan jayanya. Namun anda perlu "RESTART" komputer anda terlebih dahulu.



Maka terima kasih kepada diri anda kerana berjaya mengatasi masalah pemasangan driver untuk peranti anda. Selsai masalah ini maka anda boleh meneruskan langkah2 lain untuk mengatasi masalah Lock Pattern, Lock Code atau Masalah terlalu banyak corak percubaan.

Contoh gambar dibawah adalah phone jenis Spreadtrum, yang mana Phone ini tidak dapat mengesan atau memasang driver yang sesuai, setelah pemasangan driver selesai, maka perisian seterusnya untuk saya selesaikan masalah Lock Pattern dapat diatas, tanpa perlu menghilangkan data pengguna.


Sekiranya anda mengalami masalah Lock Pattern atau Lupa Password, anda boleh mengikuti Toturial disini.

Wokey...
Setakat ni saja dapat saya kongsikan disini,
Ada masa saya kembali lagi dengan sumber² yang saya lalui tanpa suka suki menceduk dari toturial luar untuk phone clone pasaran dalam negara Malaysia.. Ada yang sama dan ada yang tidak, Harap anda maklum. Share maklumat atau sumber tanpa anda cuba amat mudah, copy and paste. :P

Checkidup.

Sekian.
Abe Atok

2 comments:

  1. dosent work, i need driver for winds android note.. can u please help me.. been stuck for almost 3 weeks..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...