Thursday, October 17, 2013

Cara Bukak Pattern Lock Phone Android Model China atau Klon.

Salam sejahtera...

Kali ini saya kongsikan mengenai masalah hard reset untuk kebanyakkan model Android Clone Phone.
Kenapa perlu hard reset?
Mungkin ada bebarapa sebab kenapa pengguna mahu melakukan HARD RESET android smart phone mereka,
Terlalu bayak cubaan corak (Too many pattern attemp), Lupa Password atau lupa Pattern lock. (Forgot Password) dan mungkin lain2 sebab termasuk mungkin smart phone anda rasa macam berat atau lain2 perkara. Ini isu yang biasa saya temui. Banyak cara sebenarnya untuk Hard Reset, dan tidak terlalu susah untuk model branded seperti samsung dan lain2 model, tapi bagi model buatan china atau lebih dikenali jenis Clone. Ada yang boleh dilakukan secara recovery, tekan button itu, button ini dan bla..bla..bla..
Tetapi...


Tidak semua model phone jenis clone berfungsi dengan cara main tekan2 butang volume up/down, power dan sebagainya, ada cara guna adb fast recovery atau fast boot untuk munculkan recovery mode, jika anda biasa dengan command adb tidak terlalu sesukar mana, tetambah lagi bila command2 code tersebut sentiasa dalam kepala jer..

Kali ini saya nak kongsi cara bagaimana nak buang Pattern Lock tanpa anda perlu Hard Reset dan hilangkan semua data2 yang sedia ada dlm phone tersebut.

So, apa yang diperlukan untuk melakukan proses ini?
Sebuah komputer.
Perisian Shuame. Kalau anda belum ada, Download DISINI. Install perisian tersebut pada komputer.
Driver untuk peranti Clone Anda. Bleh semak DISINI.

Tetapi sebelum anda meneruskan toturial ini, apa yang perlu anda lakukan adalah memastikan smart phone atau peranti Android anda telah mempunyai driver yang dimaksudkan, sekiranya komputer tidak dapat mengesan phone, maka proses ini akan gagal.

Kebanyakkan apa yang ditunjukkan pada komputer dibahagian Device manager, contoh paparan driver yang terpasang dan bersesuaian dengan peranti akan dinyata seperti contoh gambar dibawah ini.


Anda harus kena tahu, Apa yang dinyatakan tidak sama, Memandangkan phone jenis Klon, Walaupun pada jelas model klon tersebut jenis model samsung, adakalanya apa yang ditunjukkan pada bahagian paparan seperti gambar diatas mungkin menggunakan Driver jenis Alcatel, Mungkin juga HTC dan mungkin juga ZTE. Namun anda tidak perlu hairan, Ini yang berlaku pada kebanyakkan model android jenis Klon.

Sekiranya driver hanya terpasang pada bahagian memori, ini tidak tidak bermakna komputer mengenali peranti atau phone tersebut, apa yang dikesan oleh komputer adalah untuk flash memori. Bukan peranti.
So, apa yang anda perlu fokus, Komputer menyatakan "Android Phone" sudah cukup memadai, tanpa perlu mengambil kira apa jua jenis driver yang terpasang yang penting bersesuaian.

Sekiranya anda dapat memasang driver, komputer dapat mengesan phone anda, walaupun didalam keadaan Pattern Lock. Apa yang perlu anda lakukan seterusnya, Memasang perisian "Shuame" yang saya sediakan diatas. Atau jalankan perisian tersebut sekiranya perisian sudah dipasangkan pada komputer anda.

Berikut adalah permulaan setelah anda menjalankan perisian Shuame.


Perisian ini menggunakan bahasa cina, mungkin anda faham atau sebaliknya, tapi bagi mereka yang tidak faham, saya sediakan aturan ringkas secara bergambar. Supaya anda senang fahami sepertimana saya fahami bagaimana menggunakan perisian ini untuk membuang sementara Pattern Lock. Ingat..hanya sementara sahaja, namun dalam keadaan sementara itu, anda boleh buang secara kekal secara manual. Saya ceritakan aturannya kemudian.
Gambar diatas menunjukkan Perisian sedang mengesan peranti, sekiranya driver sudah terpasang pada komputer anda, maka ianya akan menunjukkan gambar model peranti atau phone klon anda.


Pada menu utama, sekiranya perisian dapat mengenal peranti, maka apa yang dipaparkan cukup jelas. Jika dilihat pada gambar diatas ini adalah model Samsung Galaxy S II Klon. Banyak fungsi perisian ini untuk kegunaan Android Phone jenis klon, tetapi ada sesetengah model jenis Tab, Paparan tidak seperti yang digambarkan, dan ada masanya firmware (ROM) yang ditunjukkan UNKNOWN, Masalah ini disebabkan peranti tersebut tidak tersenarai dalam perisian, Tetapi itu bukan isu utama untuk meneruskan atau untuk mengatasi masalah Lock Pattern ini.

Tetapi sekiranya apa yang dipaparkan pada perisian seperti gambar dibawah ini. Ini menunjukkan bahawa terdapat masalah hubungan komunikasi antara perisian dan peranti, mungkin kerana masalah driver.


Maka anda perlu atasi masalah driver tersebut terlebih dahulu sebelum dapat membuang Lock Pattern Tersebut.

Sekiranya perisian telah dapat mengesan peranti seperti gambar sebelumnya, maka langkah seterunya ada perlu klik pada tab bahgian atas perisian tersebut, yang mana tab tersebut terdapat 4 petak dalam bulatan.
Lihat seperti gambar dibawah ini.


Lihat bulatan merah yang saya tandakan. Bahagian atas.
Ok langkah seterusnya anda perlu root dulu peranti tersebut. Wow.. Proses dua dalam satu :).
Yaa... ini adalah aturan, sekiranya tidak mengikuti aturan dan arahan, setiap sesuatu yang dilakukan tidak sempurna. Untuk Root, Anda perlu klik pada bulatan yang bertanda Anak Panah merah seperti gambar diatas. Jangan salah, Sebab gambar icon yang hampir sama dengan icon root disebelahnya adalah "UNROOT". Saya cuma faham yang mana perlu jer kalau bahasa cina ni, Walaupun saya pernah belajar ngan Best Friend berbangsa cina semasa kat JB dulu, dia cuma tahu cakap, tak pandai tulis, Saya plak pandai baca, tak pandai tulis,nak cakap boleh skit2 cuma... bila saya cakap depa tak paham...kikikiki

Ok, back to the story..

Bila klik root..
Anda kena tunggu proses root, selama mana saya tidak pasti untuk proses tu, tetapi sekiranya komputer dapat mengesan peranti secara sempurna, mungkin masa untuk proses root ni tak sampai 3 minit.


Jika dah siap root, kebiasaan dia bagi tahu, dan tanda simbol RIGHT. 
Bila dah siap root, langkah seterusnya untuk buang Pattern Lock untuk sementara. Pada pertama kali saya guna cara ni, saya ingatkan dia buang secara kekal, rupanya tidak.


Ok, untuk buang sementara Pattern Lock tersebut, Anda perlu klik pada icon dalam bulatan merah bernombor 3 yang saya tandakan dalam gambar diatas. Sekiranya anda skip proses root, proses ini tidak akan berfungsi. Proses ni ambil masa yang singkat jer, so saya tak sempat untuk capture image untuk kongsikan disini.

Maka proses buang Pattern Lock telah selesai, Tetapi anda perlu buang secara kekal pattern lock tersebut pada Menu/Setting/Security/ 
Lock Code letak "None", jangan risau, bila dalam keadaan semasa anda dapat explorer peranti, Pattern Lock tidak akan terkunci, jangan ambil masa lama untuk buang pada security setting, kerana jika peranti dalam keadaan IDLE, atau Tidor, Tetiba ada Lock Pattern semula, tapi tak perlu risau, Tekan butang power dia akan hilang, kikikiki..cuma nampak serabut jer kalau tak dimatikan bahagian security, sebab dia jadi seperti screen saver jer.. Cuma bila kita diaktifkan pada bahagian Security, maka dia akan buang Pattern tersebut, kecuali anda masukkan Pattern Lock Baru...

Lupa lagi Pattern Lock,?
Ulang semula langkah diatas. :P
Kalau anda seorang peniaga...adehhh..2,3 kali punya income ler..kikikiki

Anyways, apa yang saya ajarkan disini adalah percuma, jangan korang mai kebun getah saya dah, kerana setiap kerja itu mesti ada bayaran. :P, Lagi plak, On komputer jer, Bil Elektrik dah berputaq, Lagi sambung phone pada komputer, karen dah jalan 5v, mA bergantung pada peranti, rasanya phone model sekarang ni kebanyakan 3500mA ke atas dah, ada yang jejak 5000mA.. 

Cer tanya pakar2 kat TNB, macamana dia kira karen dan penggunaan.
Tak pun tanya wireman., Tak lulus periksa bab ni, tak dapet lesen toqq..

Wokey lah.. Lain post akan wak share kemudian, masa terhad disamping tugas2 sedia ada kat kebun getah, Bila ada masa free, Apa yang wak collect, wak share.

Ok lah..
Wak cau dulu..
Nak pi Noreh :P






3 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...