Sunday, September 22, 2013

Android Root, Kelebihan dan Kelemahan

Salam Sejahtera,

Dengan lafaz Bismillah saya mulakan disini, untuk berkongsi sedikit pengetahuan mengenai Android, Root dan lain² perkara, Dan apa yang saya tulis dan siarkan disini berdasarkan apa yang telah saya lalui, alami, rasai. Pertamakali apa yang anda perlu tahu, saya bukanlah seorang penulis yang hebat atau seorang yang begitu pakar yang selayaknya untuk menyiarkan atikel seperti ini. Namun saya cuba sedaya upaya saya untuk menjelaskan sedikit sebanyak apa yang saya tahu. Mungkin disini sesuatu yang bosan untuk dibaca atau sebaliknya, terpulanglah kepada anda. Dan sesungguhnya saya tidak sesekali memaksa anda untuk terus membacanya.
Bagi anda, begitu juga saya, jika nak dibanding blog² atau site² lain, blog saya mungkin termuda usia. Apalagi untuk membincangkan perkara ini dan perkara berkaitan Android. Cuma apa yang saya garapkan disini mengikut lenggok bahasa dan gaya saya, menyediakan sedikit penjelasan secara bergambar, video dan link2 luaran untuk memudahkan kefahaman anda dan saya sendiri, Perumpamaan serta perbandingan agar anda dapat menguasai apa yang saya cuba terangkan dan sampaikan.

Apa itu Root?
Mungkin ramai yang tertanya-tanya dan ingin tahu apa itu Root, Khasnya untuk pengguna Smartphone yang berasaskan platform atau pelantar Android. Pada peringkat awal,wujudnya nama Android, maka secara tidak langsung wujudnya perkara mengenai Root dan sebagainya, Dan tidak terkuali dengan saya, saya juga ingin tahu mengenai semua ini.Juga mengambil masa untuk mengenali dengan lebih jelas. Al maklum la, saya bermula dalam kerja repairing sejak zaman Nokia 33skupang (3310), Dan sehingga ke hari ini bekerja sepenuh masa kerja² repairing Phone, Komputer dan lain² gadget elektronik, bukan sekadar hanya perkara yang berkaitan software (Perisian), Firmware, Aplikasi, malah dari keseluruhan part (Hardware), Maka secara tidak langsung, kerja² saya memerlukan saya turut serta belajar mengenai pelantar berasaskan Android, walaupun jika saya tidak mempunyai walau sebijik smartphone berasaskan pelantar Android.

Sejarah yang saya lalui dari pelbagai platform atau pelantar yang berbeza, sehingga wujud symbian dan lain² . Namun sejak akhir²  ini, apa yang heboh diperkatakan. Android mulai menjadi satu kegilaan yang kian menular sepertimana wujudnya platform symbian suatu ketika dulu. 

Dari mula saya mengenali pelantar ini, dan dari sehari ke sehari saya cari, kaji, uji dan mengendalikan setiap smartphone yg berasaskan pelantar Android ini, Ramai yang tahu, Pelantar android adalah jenis terbuka, dan bukan hanya jenama tertentu sahaja yang menggunakan pelantar ini, Sayangnya jenama Nokia mengambil sikap berkecuali, Maka dengan sistem terbuka ini, perlbagai jenama baru muncul dipasaran menggunakan pelantar Android, Dan dalam masa yang sama juga wujud jenama² klon buatan china, Korea dan lain² termasuk produk yang dikata keluaran Negara Malaysia yang dikatakan menawarkan harga yang jauh lebih murah. Tapi saya tidak hairan, sebab nilai yang murah pastinya kualiti produk bersesuaian dengan harga.

Jadi, disini..
Apa yang saya kongsikan berdasarkan dari sedikit sumber hasil yang saya pelajari, bukan sekadar dari apa yang saya dengar, saya baca atau sekadar dari pandangan, tetapi saya uji sendiri bukan hanya pada software, firmware, aplikasi malah hardware atau part komponen yang terdapat dalam smartphone yang berasaskan pelantar ini. Pelantar ini memang cukup mengujakan saya berbanding pelantar² lain, apa lagi pelantar Symbian yang saya gilai suatu masa dulu, Bermain dengan pelantar Nokia jenis DCT4 sehingga tahap saya mengubah phone jenis DCT4, BB5 menggunakan bahasa loghat negari kelahiran saya (Kelantan) sepenuhnya. Dan tidak mempunyai bahasa lain hatta bahasa English. 

Berbalik kepada apa yang dinamakan ROOT, Kelebihan dan kelemahan. Akan saya kongsi dengan anda apa yang fahami, Mungkin anda seorang yang pakar dalam bidang ini, namun seperti yang saya katakan, apa yang saya ceritakan dan kongsikan disini, mengikut pandangan saya. Root jika diterjemahkan dalam bahasa melayu ramai yang tahu bermakna Akar. Mengapa mereka dipanggil Root saya tidak pasti. Yang jelas, akar yang baik pada sebatang pokok mungkin menghasil buah atau bunga yang berkualiti. 

Pada pelantar Android, Root adalah satu proses seperti membuka kunci. Pada peringkat std (Asal) pelantar Android ini dikunci oleh pengeluar jenama smartphone tersebut. Tanpa membuka kunci (Root), pengguna tidak boleh sama sekali melihat folder sistem yang terdapat pada flash memori dalaman. Apa lagi untuk membuka dan merubahnya. Berbeza dengan iOS yang amat membosan saya walaupun kualiti binaannya saya akui kukuh berbanding semua jenis smartphone yang ada dipasaran. Membuka kunci atau root bagi Pelantar Android tidaklah terlalu cerewet dan tidak mendatangkan kesan buruk pada smartphone pengguna, berbanding iOS yang mana kita melakukan proses Jailbreak. 


KENAPA PENGELUAR KUNCI SYSTEM TERSEBUT?

Tujuan utama pengeluar mengunci system tersebut adalah untuk menjaga system atau fungsi² asal yang telah mereka set. Kerana kesilapan sistem² ini boleh menyebabkan Smartphone tidak dapat berfungsi dengan baik.Jadi, jika anda mempunyai smartphone yg telah dilakukan proses Root. Setiap risiko adalah tanggungjawab pemilik atau anda sendiri. Tetapi anda tidak perlu risau, Jika proses root dilakukan, ia tidak sama sekali menjejaskan sistem asal. Malah boleh dikembalikan pada sistem sediakala.

Saya amat kagum, teknik yang diguna pakai untuk melakukan proses Root, yang mana perkakasan aplikasi yang utama perlu dimasukkan, Bagaikan satu proses menyuntik masuk, Apa yang disuntik adalah aplikasi yang dinamakan"Superuser"dan memperbaharui skrip “busybox” dan lain²  part yang adakalanya tidak sama mengikut model yang sedia ada tersedia oleh pengeluar.

Proses pemasangan aplikasi Superuseer ini bukan dilakukan seperti biasa atau secara normal atau sepertimana anda melakukan proses memasang aplikasi yang anda download di Playstore/Google play atau secara offline apk download. Walaupun tidak terlalu cerewet, namun kekdang cukup menguji kesabaran bagi yang belum biasa, apa lagi model yang baru lahir dipasaran. Pemasangan atau kemasukkan aplikasi Superuser ini mengunakan teknik/cara juga berlainan mengikut jenama model. Yang mana, ada cara pemasangannya memerlukan komputer dan ada yang tidak, Yang mana memerlukan cara pemasangan menggunakan komputer, maka pengguna atau pelaku yang ingin membuat proses root, perlu mengktifkan "Penyahpepijatan USB" (USB DEBUGGING MODE) perlu diaktifkan.

Bagaimana untuk mengaktifkan USB DEBUGGING MODE yg dimaksudkan?
Sekiranya android versi Gingerbread 2.3.6 kebawah, 
Menu---> Aturan-->Aplikasi-->Pembangunan. Tandakan "Right" pada/didalam kotak.
Sekiranya Android versi ICS 4.0 keatas (Ice Cream Sandwich).
Menu-->Aturan-->Pembangunan. Tandakan "Right" pada/didalam kotak.
Lihat Contoh gambar dibawah menggunakan Samsung Galaxy Young GT-S5360. Model ini adalah model smartphone yang paling laris dimalaysia, dan paling senang pengedalian, malah bayak sumber yang dapat dikongsikan bermula dengan model ini.


USB Debugging Mode
Kenapa perlu aktifkan "USB Debugging Mode"?
Fungsi utama mode ini adalah untuk memudahkan sambungan antara peranti Android dan komputer dengan Android SDK (software development kit). Sekiranya USB Debugging Mode tidak diaktifkan, komputer hanya mampu mengesan setakat memori folder SD Kad, Berbanding bila USB Debugging Mode yang mana sistem komputer mampu beritraksi dengan sistem telefon pintar anda. Android SDK adalah suatu perisian yang direka untuk membantu dalam pembangunan aplikasi Android. Jadi saya cuma memasang perisian Android SDK untuk menyokong apa saja jenis smartphone Android. Kerana perisian ini lengkap termasuk ADB (Android Debug Bridge) tanpa memasukkan lain ADB yang rata-rata mengubahsuai mengikut selera masing²  dan kesesuaian.

Kebanyakan smartphone jenama Samsung menggunakan cara “Recovery” untuk melakukan proses root, dan saya rasakan ianya satu cara yang amat mudah dan berkesan. Ada juga model selain Samsung menggunakan cara ini,

Ada yang guna Exploit, Peralatan Perisian Root Khas seperi memerlukan perisian yang bersambung dengan server pembuat perisian root tool seperti One Root Click dan juga Vroot yang mana saya gunakan untuk root model²  Klon buatan China termasuk Model Alcatel dan juga HTC. Ada juga yang memerlukan proses membuka kunci Bootloader dahulu, seperti  Sony Xperia, Dan ada yang perlu menukar jenis Kernel dulu sebelum proses Root, dan selepas root pula kernel asal perlu di flash smula, Seperti Xperia Neo V kalau tak salah saya. Begitu juga sesetengah model samsung, yang memerlukan kernel dari versi sebelumnya, Dan ada juga perlu memasang aplikasi 3rd Party untuk root seperti Framaroot, kemudian perlu melakukan flash kernal asal selepas root. Berbelit-belit? 

Untuk anda atau mereka yang mengadalikan hanya satu model Smartphone untuk melakukan proses Root, saya percaya, anda atau mungkin tidak terlalu tertekan melakukan proses root smartphone yang dimilik walaupun mengambil sedikit masa, tapi bagi saya, kekadang yang menjadi tekanan itu amat mengujakan saya, tetapi bila saya berjaya melakukan proses tersebut. Ianya satu kepuasan. Kerana selain dari rezeki saya, ianya adalah hobi giler saya. Dan saya pernah mengambil masa melebihi satu minggu untuk melakukan proses itu bagi sebiji smartphone.

Jadi apa kelebihan Smartphone yang sudah diRoot.?

Saya percaya ramai pengguna ingin mengetahui apa kelebihan dia. Mungkin juga anda.
Mengikut pendapat saya smartphone yang sudah root dan tanpa Root, ada perbezaan hanya pada sistem, bukan pada bentuk fizikal smartphone tersebut. Tetapi yang nyata, Smartphone yang sudah di root mempunyai banyak kelebihan berbanding kelemahan malah mungkin tidak ada kelemahan. Mungkin kerana saya terbiasa, maka saya berkata sedemikian walaupun pada peringkat awalan saya, saya juga rasa takut, was²  dan macam²  pemikiran negatif bermain dalam minda saya, Phone boleh rosak, Terbatal jaminan, dan lain²  perkara. Tetapi sebenarnya tidak.

Kelemahan utama bergantung kepada kecuaian pemilik, kecuaian pada pelaku proses root, bukan kerana disebabkan kerana root atau mungkin mengalikan file² selepas proses Root. Kenapa saya berkata demikian? Kerana , Setakat ini saya tidak pernah alami kes bilamana selepas phone berjaya melakukan proses Root, tetiba sahaja smartphone tu gagal berfungsi seperti sbelumnya. Atau tak boleh On dan sebagainya. Apa yang perlu anda ketahui, Proses Root cuma memasukkan aplikasi Superuser dan mengantikan "busybox" serta mengemas kini skrip binari file, Kegagalan pelaku atau pemilik melakukan proses root tanpa mengikut peraturan dan cara yang betul memungkinkan ianya tersangkut atau gagal berfungsi. Terutama yang mana memerlukan proses 'Flash' Kernel. Kesilapan menggunakan kernel yang diarahkan mungkin bakal mengalami sedikit risiko. Oleh yang demikian, sekiranya anda ingin melakukan root smartphone anda, baca dan fahami secara teliti arahan yang diberikan dari mana²  sumber yang anda baca. Namun apa yang penting sekali sebelum melakukan proses Root, backup atau membuat sandaran file² penting dan perlu.

Root menggunakan teknik 'Recovery' lebih mudah berbanding model yang memelukan peralatan sampingan seperti computer, kerana saya tidak pernah jumpa jika kesilapan package zip file untuk root tersalah atau tidak bersesuaian menyebabkan smartphone gagal berfungsi, Teknik atau cara ini bersifat nature, ibarat kata tiada suntikan secara paksa seperti mana melakukan mengunakan alat tambah yang berkaitan 'Flash'. kerana pada peringkat awalan, jika kita cuba masukkan secara teknik recovery, proses root akan gagal sekiranya sistem mengesan zip file yang tidak bersesuaian dengan smartphone tersebut. Dan ianya tidak mungkin terpasang dalam sistem folder. Walaupun anda melakukan berulang kali. Ianya ibarat pantulan semula.

Root boleh membuatkan smartphone anda lebih pantas dan laju..?
Mengikut kebanyakan sumber, Keupayaan smartphone akan menjadi lebih pantas dan laju selepas proses root.
Jawapan saya, BOHONG.!! Nampak benor nipunyer.
Kenapa saya kata Bohong?
Ini penerangan, penjelasan dan perumpamaan saya yang boleh saya berikan. Memandangkan saya suka menetapkan smartphone pada penetapan asal kilang "Factory Reset" Atau Hard Reset terlebih dulu sebelum melakukan proses root. Saya lakukan ujian ini pada model smartphone yang sama, pada masa yang sama. Satu, Dalam keadaan smartphone yang belum dilakukan proses root, Dan satu lagi yang sudah diroot.

Saya perhatikan dari pelbagai sumber, saya tetapkan gerak menyentuh permukaan screen, Pergerakkan icon²  selepas sentuhan, mengarahkan sentuhan mengikut scala X, Y. Garisan melintang dan menegak, Melihat masa kewujudan aplikasi yang muncul selepas sentuhan dan lain² . Setelah melakukan percubaan sebelum root dan selepas root, saya dapati nyatanya tidak ada yang membezakan, walaupun situasi ini masih dalam tetapan asal pengeluar, bezanya yang dah root dengan yang belum root, juga tanpa sebarang penambahan atau pengurangkan aplikasi pada kedua²nya set tersebut. Jadi mana benarnya jika mereka mengatakan smartphone yang sudah diroot dengan yang belum root menunjukkan kemampuan kepantasan memproses berbeza.?

So, sekali lagi ingin saya jelaskan disini, Proses Root atau proses membuka kunci tidak terus memberikan keupayaan maksimum secara tiba² pada smartphone tersebut tanpa melakukan proses pengubahsuaian, penambahan atau pengurangan sesuatu aplikasi atau sistem.

Satu perumpamaan mudah, ibarat anda diberi lesen untuk menjadikan kereta biasa untuk dijadikan sebuah kereta lumba, apakah kerana lesen itu kereta anda terus laju? Oh..Tidak. Lesen tu hanya memberi kebenaran pemilik mengubahsuai sahaja, bukan terus menjadikan dia laju. Pemilik mungkin boleh tambah kuasa Turbo, yang boleh menjana kuasa kuda berganda pada enjin asal, pemilik juga boleh mengeluarkan tempat duduk bahagian penumpang depan dan belakang untuk menjadikan kereta itu lebih ringan, dan lain
² .

Harus anda tahu, Proses Root smartphone Android hanyalah umpama satu lesen atau satu kunci sehingga sistem folder terbuka dan pengguna atau anda dapat mengekses untuk melihat, mengubah, menambah atau membuang sesuatu jika dirasakan tidak perlu ada dalam smartphone anda. Saya harap, saya dapat mengubah persepsi anda tentang root. Supaya anda tidak terus berangapan selepas root smartphone anda, ianya terus merubah menjadi laju dan pantas secara tiba². 

Smartphone yang sudah di Root, alat yang dipanggil 'Busybox', 'sqlite', 'ssh' dan 'su' file yang dikemaskini (Update) dipasang semasa proses root bagaikan mengesahkan persijilan dan mengambil alih tugas² asal mengikut arahan yang ditetapkan isi skrip, Dan ada sesetengah model smartphone tidak ada kesemua apa yang saya sebut, dan ada diantaranya mungkin berlainan, Sepertimana yang menggunakan teknik Flash Kernel, Dan lain². Apa yang saya ceritakan disini hanya dasar, sebagai general fokus, bukan secara jelas peralatan, perkakasan atau apa file²  yang diganti atau dimasukkan. 

Peralatan/perkakasan ini mulai bekerja selepas smartphone dihidupkan semula (Reboot) dan ianya bertindak mengesan apa saja aplikasi yang dilancarkan oleh pemilik, tugas² ini dilakukan oleh busybox (su) binari yang telah dikemaskini. Busybox bekerja menghantar sumber maklumat yang dikumpul kepada aplikasi “Superuser”, Jadi peranan aplikasi Superuser ini umpama satu pintu, mengambil alih setiap arahan yang disampaikan oleh 'busybox'. Jadi tidak hairan la kenapa dipanggil 'busybox'. 

Setiap aplikasi sistem yang memerlukan sijil kelulusan untuk disiarkan pada paparan atau bergerak didasar pelantar, Aplikasi ini mungkin menumpang framework, bingkai paparan dan lain² perkakasan yang sedia ada didalam sistem asal mengikut keluaran pengeluar atau pengilang. 

Maka tugas aplikasi Superuser ini bagaikan pintu kepada aplikasi² tersebut, Superuser akan mengawal samada membenarkan atau menghalang aplikasi tersebut. Namun setiap keputusan itu bergantung kepada anda. Kebanyakkan halangan ini berlaku untuk aplikasi yang dibina oleh pihak ke3 (3rd Party). Lihat Gambar dibawah, ianya menunjukkan satu cubaan untuk saya melancar aplikasi yang memerlukan bahgian akar (Root). Untuk mengesahkan aplikasi itu melepasi tahap kebenaran, maka saya perlu sentuh pada perkataan "Allow", sekiranya saya tidak mahu membenarkan ianya berfungsi, maka saya perlu menyentuh "Deny".


Superuser Request


Jika anda lihat gambar Superuser diatas, apa kelainan anda nampak? Mungkin anda tidak sedar, gambar icon Superuser dengan Flash yang terapung pada bahagian penjuru atas kanan blog saya ini adalah gambar yang sama untuk saya jadikan aplikasi Superuser ini. Anda juga boleh melakukan yang lebih baik dari apa yang saya buat, selepas anda melakukan proses root untuk smartphone anda. Namun apa yang saya lakukan, menyuntik semasa proses root. Bukan selepas root. Menggunakan cara Recovery Mode.

Root akan membuatkan smartphone anda berfungsi dengan Pantas?
Semasa saya berkawan dengan seorang Mekanik Motor Sprint Test, Dia pernah memberitahu saya . CDI didalam sistem motorsikal yang menjana elektrik untuk tujahan kuasa enjin, kalau jenis std.. andai kata maksima motor tu 125cc, Jadi pengeluar/pengilang motor telah menetapkan mengikut std CC, maknanya kelajuan sampai tahap tu atau mungkin melebihi tahap 125km sejam, tapi kalau pakai CDI yg dah ubah suai..katanya mampu pecut mungkin 200Km jika CDI diubah suai, Block Kasi Korek, Sistem Redam bunyi kasi legakan dan lain part, Ntah.. saya pun tak  pasti. Kerana saya tidak arif bab² Mekanisma Motorsikal. Apa yang pasti, saya tidak mengalakkan Budaya REMPIT..walaupun saya suka menunggang motosikal..
Tambahan lagi bila tengok Motor Sprint Test ni, Body motor ditogelkan untuk lebih ringgan..supaya lebih laju.

Cerita diatas juga hanya satu perumpamaan, supaya anda lebih memahami fungsi root, kelebihan dan kelemahan mengikut pendapat saya. Penafian yang jelas daripada saya menyangah pendapat yang mengatakan selepas root smartphone terus bertindak pantas dari sebelumnya. 


Jadi, Sekali lagi saya terangkan disini, proses root membenarkan pemiik atau pengguna mengakses penuh untuk melihat, membuang, menambah dan mengubah suai file tersebut mengikut kemahuan serta kepakaran yang dia miliki. Mungkin menjadikan ia togel macam Motor Sprint Test untuk merasai kelajuan.

Saya masih ingat kata² Chainfire, Chainfire adalah orang yang membina Aplikasi Superuser ini, Dia pernah tweet dalam tweeter dia, Semakin kita merubah binari code untuk menambah kelajuan smatphone kita, sebenarnya ia semakin menjadi semakin lambat.

Senang citer semakin kita menambah kelajuan motor kita, semakin lama semakin merbahaya, Macam dalam iklan kata, Kelajuan itu bloeh membunuh. So, Kalau untuk system pelantar android ni mungkin bleh menyebabkan smartphone kita tak bleh on atau HANG (Tersangkut).

Berbalik semula cerita Root.
Disini saya sediakan satu contoh phone yang saya telah Root, dan ingin nyatakan apa KELEBIHAN selepas melakukan proses root. Model ni dari Jenama Samsung, Galaxy Young atau Galaxy Y GT-S5360.
Selain membuatkan kelajuan bertambah, menampakkan kelainan walaupun tidak melakukan perubahan secara total (keseluruhan).

Jika anda lihat gambar² yang saya tampilkan disini, saya menyambung smartphone dan mengendalikan dengan perisian PC Manager. File Manager untuk menjelajah sistem dalaman smartphone. Screen Shot juga menunjukkan keseluruhan smartphone, bukan seperti Screen Shot Aplikasi yang anda pasang dalam smartphone anda seperti kebiasaan. Penyambungan perisian File Manager ini juga "USB debugging Mode" perlu diaktifkan bagi membolehkan perisian PC Manager yang saya pasangkan pada komputer saya dapat berintraksi dan melihat file² yang terdapat dalam memori dalaman (Internal) smartphone. Tapi anda boleh gunakan ES FileExplorer atau Root Explorer untuk tengok semua ni dalam smartphone anda sekiranya anda tidak mempunyai komputer. Tetapi memerlukan smartphone yang telah diroot terlebih dahulu untuk membenarkan 2 jenis aplikasi file manager ini dapat berfungsi sepenuhnya hingga ketahapa folder² akar.
Didalam gambar dibawah adalah contoh ES File Xplorer yang menunjukkan device sistem folder.


File² yang ada dan yang anda nampak didalam gambar jika dibanding dengan smart phone anda mgkin berbeza, kecuali model yang sama. Tetapi kebanyakkan hampir sama pada nama file dan hanya sesetengah sahaja, sekiranya sama nama file, tetapi isi atau script yg tertulis didalamnya berbeza mengikut model.
Dan sekiranya apa yang anda lihat walaupun model sama, nama file sama, sesungguhnya ada satu folder yang mana file dan isi didalamnya tidak sama. Pening memikirkan? File Folder EFS. Kerana disini tersimpan smartphone imei No, Kerana didalam dunia ini imei no hanya untuk satu phone sahaja. Jadi jika anda telah melakukan proses root, lakukan backup (Sandaran) untuk EFS Folder. (Untuk sesetengah Model shj) Masalah utama sekiranya anda mengusik atau terpadam folder ini, Smartphone anda kehilangan imei no, kehilangan imei no akan menyebabkan smartphone anda tidak dapat mengesan SIMKAD. Walaupun simkad telah dimasukkan dan dipasang secara betul. Ini bukan kelemahan phone yang telah dilakukan proses root, tapi kecuaian anda mengendalikan smartphone tersebut.

Perbezaan pertama antara phone yang dah root dengan yang belum Root.
Yang sudah atau berjaya root, terdapat aplikasi Superuser. (Lihat contoh gambar).. Icon superuser akan muncul pada bahagian interface (pemuka) Menu. Untuk menukar jenis atau bentuk icon Aplikasi Superuser, anda boleh mengemaskini aplikasi tersebut digoogle play/Play Store. Atau anda boleh melakukan penukaran menggunakan grafik anda sendiri, sekiranya anda mahu dan anda tahu bagaimana untuk melakukannya.


Gambar dibawah bahagian kiri adalah Aplikasi Superuser kebanyakkan yang anda lihat, tetapi gambar dibahagian kiri adalah Superuser saya yang tidak akan sama dengan lain² Superuser yang saya ubah berasaskan sijil dari Chainfire.



Anda boleh memasang aplikasi Superuser dengan cara muat turun dari google play, dan memasang secara normal anda memasang aplikasi² lain, tanpa melalui proses root, tetapi ini tidak mendatang kesan, malah seperti sampah yang tidak berguna tersimpan dalam memori smartphone anda, Tetapi sekiranya smartphone yang sudah root, memuat turun aplikasi² Superuser yang lain boleh dilakukan, untuk mengemaskini kod binari yang ditetapkan oleh pembina aplikasi Superuser tersebut. Kerana ada sesetengah aplikasi Superuser yang disediakan oleh pembuat perisian peralatan root khas untuk sesetengah model KLON, atau model yang diberi kebenaran atau usahasama model smartphone, Seperti Model buatan Ninetrilogy yang berasaskan atau mungkin usahasama dengan ZTE .

Saya mengunakan perisian Vroot Tools untuk melakukan proses root model seperti Black Pearl Mini dan lain² model keluaran Ninetrilogy. Apa yang ingin saya terangkan disini, aplikasi Superuser yang dimasukkan menggunakan bahasa cina. Mungkin ini menyukarkan pengguna yang tidak faham bahasa cina termasuk saya. Maka memuat turun aplikasi Superuser dari playstore bagi mengantikannya, sedikit sebanyak dapat membantu pengguna.


Untuk mengesah atau memastikan smartphone dah root atau belum, boleh install aplikasi Root cheker Atau RootValidator , tetapi aplikasi ni juga memerlukan kebenaran aplikasi Superuser untuk berfungsi sepenuhnya..

Maka ini dapat saya jelaskan, fungsi Superuser membolehkan aplikasi 3rd Party, yang mana aplikasi yg dibina atau dibangunkan oleh individu atau kumpulan, Prosess root telah memasang Superuser secara automatic dan kekal selagi prosess Flash tidak dilakukan. Tetapi ada caranya bagaimana untuk buang Root tersebut (Unroot) tanpa melakukan proses firmware semula.

Contoh, saya cuba jalankan aplikasi Root Validator,
Sekiranya, proses ini diabaikan..maka proses utk aplikasi Root checker ini tidak dapat berfungsi sepenuhnya..Walaupun smartphone telah melakukan proses root, kerana tidak membenarkan semasa melalui aplikasi Superuser untuk kebenaran, aplikasi Superuser akan tertutup degan sendiri, sekiranya melebihi masa yang ditetapkan. Lebih kurang 10saat. Dalam masa 10 saat ini sekiranya anda mengabaikan arahan, maka aplikasi Superuser ini akan tertutup sendiri, tetapi sentiasa aktif untuk tindakan.


Lihat contoh gambar.  Bagaimana aplikasi “Root Checker” ini saya abaikan semasa peringkat kebenaran Superuser.
Anda lihat yang tertera pada bahagian kawasan bewarna Kuning, “Root was denied to this app”. Maka fungsi sepenuhnya gagal bertindak, Namun tidak semestinya aplikasi ini tidak boleh digunakan lagi. Pada kali kedua anda menjalankan aplikasi ini, Superuser akan muncul lagi, kecuali anda membenarkan dan menetapkan tanpa menandakan didalam kotak "Tanya saya lagi 
pada masa datang". Sekiranya pada kotak bersebelahan ditandakan, maka setiap kali aplikasi bermula, Aplikasi Superuser akan menghalang selagi anda belum membenarkan.















Dan ini pula saya ketika aplikasi Root Validator ini saya cuba jalankan sekali lagi, Aplikasi Superuser akan muncul untuk kali kedua. Tapi kali ini saya memilih untuk "Benarkan".

Setelah saya membenarkan aplikasi Root check melepasi aplikasi Superuser, Aplikasi root checker ini berfungsi dengan betul dan memberikan sumber yang saya inginkan.
"Root Access Works!!".
Beginilah setiap kali aplikasi 3rd Party yang baru atau yang lainnya, yang mana memerlukan sumber akar daripada sistem  untuk bekerja atau untuk menjalankan aplikasi tersebut. 

Mungkin anda mulai memahami?












Dan mari kita lihat apa yang ada didalam sistem folder untuk model Samsung Galaxy Young ni.
Device menunjukkan jumlah memori  dalaman (Internal Memory) .Untuk model ni (Galaxy Y), saiz memori cuma sebesar 190MB sahaja, tetapi bila lihat gambar dibawah, tidak banyak aplikasi yang saya pasangkan pada phone ni, Cuma 4 aplikasi tmbahan termasuk Superuser yang telah ditanam, tetapi ini sudah jelas menunjukkan pengurangan ruang memori dalam memori dalaman semakin berkurangan. Sedangkan nilai pengunaan memori semakin bertambah.


Sekarang, mari jelajah (Explorer) memori dalaman, sistem folder dan lain².
Sepertimana saya katakan tadi, Saya gunakan perisian khas (PC MANAGER) untuk mengendalikan sistem file ini. Setelah mengaktifkan fungsi "Usb Debugging Mode", proses ini membolekan saya menambah, membuang atau mengubah file yang terdapat didalam memori dalaman atau memori luaran (External/SD kad) tanpa saya memegang smatphone tersebut, sekiranya fungsi Usb debugging Mode dimatikan maka perisian ini gagal mengesan device, Dengan perisian ini juga saya beleh merekodkan apa setiap pergerakaan atau pernukaran dari satu pemukan dan pemuka yang lainnya untuk proses pembelajaran seperti apa yang saya tunjukkan disini.


Seperti yang saya ceritakan sebelumnya, anda boleh melihat file² begini didalam smartphone anda dengan menggunakan aplikasi ES Explorer atau Root Explorer, tetapi smartphone yang tidak diroot hanya dapat melihat atau membuka folder² yang terdapat SD Kad (Memori Kad) sahaja.
Lupakan file folder yang lain, saya tunjukkan apa yang terdapat didalam sistem folder.


Anda lihat folder² yang terdapat dalam ruangan ini, atau didalam sistem folder, Kebanyakan "Custom Rom" yang dibuat, mereka menukar atau mengantikankan file² atau aplikasi yg terdapat dalam sistem folder. Menukar Recovery Mode kepada CWM pada image file dan lain². Katakan saya ingin menukar jenis atau bentuk tulisan yang sedia ada, mungkin anda inginkan jenis tulisan (font) berasaskan dari model jenama lain, anda boleh menambahkan didalam "Folder Font", jika anda rasa font tersebut anda tidak pernah guna, anda boleh membuangnya, dan dengan cara ini sekurang²nya ada telah menjimatkan ruang memori. Begitu juga jika anda idak mahu gambar penghias dinding yang sedia ada, anda boleh buang dan juga boleh tukar mengikut selera anda. Mungkin anda mahu buang semuanya dan gunakan penghias gambar dari sumber memori kad, maka ini akan melegakan ruang memori. Jika sistem tidak perlu mengesan banyak file atau peralatan² lain didalam ruang penyimpan apa lagi semasa proses boot, maka ini menjimatkan masa cpu untuk bekerja, dan situasi ini yang akan menyebabkan smartphone anda bertindak dengan lebih pantas. Ya., Mengubah, menukar, membuang sesetengah apa yg tidak perlu didalam sistem itu yang akan membuatkan smartphone anda bertindak dengan lebih pantas berbanding smartphone yang tidak melakukan root.


Gambar diatas menunjukkan aplikasi asal (std) yang tersedia didalam folder aplikasi. Pelantar Android bagi saya lebih terbuka dan ringkas, tidak seperti pelantar² yang lain yang pernah saya kaji sebelumnya, Dimana setiap aplikasi dikekalkan dan dikumpul secara pack. dan sukar untuk mencari aplikasi apa yg diinginkan, walaupun pada pelantar nokia saya pernah melakukan penukaran bahasa menggunakan bahasa Kelantan sepenuhnya untuk model nokia jenis DCT4 seperti yang saya ceritakan sebelumnya. Cuma perbezaan ketara cara kemasukkan atau penukaran yang dilakukan memerlukan Peralatan Khas dan perlu gabungkan dengan perisian² yang lain sebelum file tersebut dapat saya programkan kedalam flash memori yg kekal. Selain itu juga memerlukan Tools Jig. Tetapi bila dibandingkan dengan Pelantar Android, hanya memerlukan USB cable dan sebuah komputer selain dari sedikit pengetahuan untuk mengendalikan. namun jangan Lupa, kesabaran anda yang paling utama.

Didalam folder aplikasi, terdapat 2 file untuk menterjemahkan aplikasi tersebuk, iaitu "apk" (Android Application Package File) dan juga "odex"(resources, assets, certificates, and manifest file) dex atau Dalvik.
Aplikasi std inilah yang anda guna untuk SMS, Call, Jam, Kalendar, Bluetooth dan sebagainya. Kelebihan setiap aplikasi juga bergantung kepada pemaju atau pembangun aplikasi tersebut, baik dari segi paparan pada pemuka dan disamping kemampuan chip memproses, kernel dan hardware² yang lainnya. Ini tidak termasuk aplikasi yang anda pasang sebagai tambahan yang tidak memerlukan root. Contohnya Aplikasi Facebook, Wechat, Whatsup dan lain² yang anda boleh pasang (install) secara muat turun dari Play Store. Sebagai contoh lain, bagi pemilik HTC One, Note 2 atau Galaxy S4, anda mungkin boleh mencuba aplikasi kamera dari GE Device (Google Edition). Anda boleh dapatkan aplikasi tersebut disini. 

Contoh perbezaan hasil gambar yang diuji cuba pada smartphone Samsung Note 2 yg menggunakan aplikasi asal dengan aplikasi camera dari GE Device. Picture credit to: androidspin.com

Kamera Asal Note 2
Aplikasi Kamera GE Device










Dan ini pula folder untuk ringtone. Ada 23 jenis ringtone asal tersedia dalam folder sistem/media/audio/ringtone. Yang mana file format bunyi menggunakan ogg file format. Tetapi saya percaya ramai pengguna yang lebih gemar menggunakan file format jenis mp3.Sekiranya anda tidak mahu ringtone ini anda bleh menukarnya dengan ringtone lain atau ringtone ciptaan anda sendiri, Tetapi untuk model Galaxy Y ini, Tone untuk pemberitahuan bagi sms menggunakan tone² yang terdapat disini, sekiranya anda buang, sms tone tidak mengesan tone pada memori kad untuk anda jadikan sebagai alert tone, kecuali anda gunakan aplikasi dari pihak ke3. Seperti aplikasi Go SMS.
Sekarang lihat Folder “Media”.
Dalam folder ni saya ceritakan secara ringkas, untuk sedikit pemahaman.
Jika anda lihat gambar dibawah, saya tandakan dua file didalam folder Media ini.
Bootsamsung.qmg dan juga Bootsamsungloop.qmg, Untuk pengetahuan anda yang belum tahu mengenai perkara ini, suka saya terangkan bahawa inilah gambar pertama yang beranimasi semasa anda on phone anda.Gambar logo Samsung yang mempunyai putaran biru disekeliling perkataan Samsung, kelihatan seperti berada diruang Galaxy, Maka inilah kenapa dinamakan Galaxy, Galaxy Young dan lain² keluarga Galaxy.File format qmg ini berasaskan dari Platform Bada, juga keluaran Samsung, Corby Duos dan Champ adalah diantaranya.


Untuk pengetahuan anda juga, anda boleh tukar gambar boot animasi ini. Guna gambar atau grafik animasi anda sendiri, Jika saya berkesempatan, saya akan tunjukkan secara jelas mengikut cara saya bagaimana membuat boot animasi sendiri, Pada post yang akan datang, Insyaallah. Mahu jadikan dalam bentuk zip file ataupun menggunakan file jenis qmg. QMG file format dilakukan dengan menggunakan perisian untuk membuat tema (Theme) untuk phone yang menggunakan pelantar Bada. Dan disebabkan inilah mengapa saya katakan kewujudan Android berasaskan daripada Pelantar Bada.
Ada sesetengah model bootanimasi file ini tidak terdapat didalam folder System/Media, tetapi terdapat didalam system/data/local, Dan jika anda menggunakan Oxigen ROM, ianya terbina didalam Framework-res. Cukup memeningkan..namun segalanya bergantung kepada kepakaran anda bagaimana mengadaptasi semua ini.

Gambar bahagian kiri dibawah ini adalah contoh bootanimation asal Samsung, Manakala sebelah kanan pula bootanimasi dari model klon buatan china, saya convert kepada gif image format untuk paparan dlm blog ni supaya anda dapat mengenal dengan memahami dengan jelas apa yang dinamakan bootanimasi ini. Tahukah anda, anda boleh menggunakan bootanimasi dari model klon buatan china untuk mengantikan bootanimasi asal smartphone original atau memasukkan bootanimation original ke smartphone klon buatan china, sekiranya pixel image sama. Banyak lagi koleksi² bootanimasi yang saya ada, oleh kerana saya tidak mahu memberatkan page loading untuk blog ini, maka sebolehnya saya cuba mengurangkan image beranimasi berasaskan gif image format. Seperti Facebook yang menyahaktifkan gif image format dari pelatar mereka. Berlainan dengan Google Plus, yang menyediakan fungsi ini, dan kita lihat untuk page loading google plus amat berat berbanding Facebook. So, kesimpulan ini boleh diguna pakai untuk smartphone anda, sekiranya anda suka menggunakan wallpaper atau penghias dinding smartphone anda mengunakan dari jenis beranimasi.Bukan hanya memberatkan pengendalian smartphone anda, malah membuatkan kuasa bateri cepat habis. Ini kerana sistem enjin prosessor sentiasa bekerja.




Lagi Kelebihan smartphone yang sudah dilakukan proses root. Membolehkan pengguna membuang aplikasi² yang tidak diperlukan, mungkin mencapai tahap togel seperti Motor Spring Test. :P
Untuk mencapai kelajuan atau kepantasan yang anda inginkan. Contoh aplikasi yang saya tidak suka ada dlm Smartphone Saya. Aplikasi Berita&Cuaca, Sosial Hub. Info Saham, Yahoo, dan lain². Apa yang saya peratikan, Sesetengah aplikasi ni saya tidak buka, jauh sekali untuk guna, tetapi sedikit pelik kenapa seperti ia sedang bekerja, Proses untuk dia bekerja telah mengunakan sebahagian RAM, Kenapa aplikasi ini menggunakan RAM sedangkan saya tidak mengusiknya. Jadi untuk melongarkan atau meminima penggunaan RAM smartphone saya, maka saya buang aplikasi ini yang seolah² mencuri saiz RAM smartphone saya. RAM yg dicuri itu dapat digunakan oleh sesetengah aplikasi yg berat seperti aplikasi yang memerlukan data talian, Seperti Facebook dan lain², termasuk games yang memerlukan sistem prosessor bekerja secara total.
Phone yang tidak di Root sama sekali tidak mampu membuang aplikasi seperti yang dimaksudkan.Bagamana cara membuangnya? Anda Cuma perlu delete (buang) aplikasi apk file yang terdapat didalam system/app.

Tetapi harus ingat..Lakukan BACKUP applikasi Folder ke mana² Simpanan pada SD Kad atau Computer terlebih dahulu sebelum memadam sebarang aplikasi.

PERINGATAN PENTING:
Anda tidak boleh buang aplikasi sesuka hati tanpa mengetahui fungsi² dan keperluan aplikasi tersebut.
Untuk melihat apa aplikasi yang boleh dibuang atau tidak, serta fungsi² kegunaan aplikasi tersebut, anda boleh rujuk disini:
Saya dapatkan sumber ini dari forum Germany, dan saya terjemah serta susun mengikut cara dan kaedah saya, namun apa yang saya perhatikan banyak persamaan antara model bagi aplikasi yang berlantarkan Android, sekiranya apa yang terdapat didalam phone anda dan anda rasa was² atau tidak pasti apa fungsi dan kesan sebaliknya jika aplikasi tersebut dibuang, nasihat saya, anda jangan usik atau buang. Terutama model KLON buatan China, sedikir perbezaan bila saya melihat sistem prosessor berasaskan MTK Chip, Allwinner dan sebagainya.

KESILAPAN ANDA MEMBUANG APLIKASI MENYEBABKAN SMARTPHONE ANDA GAGAL BERFUNGSI mengikut aplikasi apa yang anda telah buang. Contohnya jika anda buang aplikasi Bluetooth, Maka proses perkongsian file atau data secara Bluetooth gagal dilakukan. Jika anda masih menyimpan Aplikasi asal, anda masih boleh memasukkan semula aplikasi tersebut.

Sekiranya anda ingin menukar  aplikasi keyboard, untuk mempunyai bentuk keyboard yang lain contohnya HACKER Keyboard, anda boleh buang yang asal dan mengantikan aplikasi keyboard tersebut. Tetapi anda juga  boleh mengekalkan yang asal untuk membuat pilihan samaada nak guna std keyboard  itu atau yang asal, jadi semuanya pilihan bergantung kepada anda.

Membuang aplikasi yang anda tidak guna mampu meringankan tugas RAM dan chip prosessor , Tetapi tidak semestinya anda perlu membuang aplikasi tersebut, tetapi anda boleh membekukannya tanpa membuang. Ini juga mampu mengurangkan tekanan kerja yang dilakukan oleh RAM, anda juga punya pilihan untuk membekukan aplikasi tersebut. Tapi tidak menampah ruang free pada memori dalaman. Alat atau aplikasi yang untuk membekukan (Freez) aplikasi ini memerlukan Prosess root dan dibenarkan oleh Superuser. Saya lebih suka mengunakan aplikasi “Link2SD”, kerana fungsi membekukan aplikasi ini terdapat dlm aplikasi tersebut, Meminima penggunaan RAM untuk sentiasa menjalankan aplikasi yg perlu sahaja mampu mempertingkatkan kelajuan sesebuah android smartphone. Diibaratkan kenderaan yang bergerak mempunyai banyak bebanan muatan dengan tanpa muatan. Dari itu mungkin anda dapat nilai secara lebih jelas apa yang saya maksudkan.  

Membuang aplikasi yang tidak perlu atau tidak guna ini, mampu membuat memori phone (Internal Memory) akan jadi bertambah. Untuk model Galaxy Young  ini, seperti  gambar yang saya tunjukkan sebelumnya, nilai memori yang tidak digunakan hanya 155MB, Sekiranya saya memasang aplikasi FB, Memori sebesar lebih kurang 17MB akan ditambah kedalam ruangan Internal Memori, Maka ini akan mengurangkan atau menyebabkan memori free berkurangan.

Dan sekiranya saya menggunakan aplikasi Facebook tersebut, setiap data history akan bertambah, bergantung kepada tahap anda menggunakan aplikasi ini, explorer, tengok video, gambar dan lain²..Belum ditambah dengan penggunaan apliksi ditalian yang lain, wechat, whatsapp dan lain². Data sejarah akan terkumpul dan mengurangkan jumlah memori tersedia.

Cara bagi melegakan keadaan ini, Apa yang anda boleh lakukan secara manual, dengan cara  mengosongkan data. Lihat contoh gambar.
<---  bagaimana untuk kosongkan data secara manual. Tetapi harus kena ingat, Setiap kali anda kosongkan data pada Aplikasi yg anda gunakan untuk Online, contoh seperti aplikasi Facebook ini, maka anda perlu login semula Facebook anda, kerana proses mengosongkan data telah membuang data² sejarah yang terkumpul sebelumnya. Dan sekiranya aplikasi games, jika data dikosong, sekiranya anda telah melepasi peringkat-peringkat tertentu, semua ini juga akan terhapus, maknanya anda perlu bermain pada peringkat pertama (1st Level).Tetapi sekiranya anda telah melakukan sandaran (backup), keadaan dikembalikan pada tarikh terakhir anda melakukan proses sandaran tersebut. Anda tidak perlu risau, Sekiranya anda membuang data, hanya data didalam aplikasi saja yang hilang, bukan aplikasi tersebut. 




INSTALL APLIKASI² KHUSUS 3RD PARTY.
Kelebihan utama smartphone yang telah di Root adalah dari segi kemampuan untuk pemasangan aplikasi² khas, Contoh “Move2sd_enabler” “Link2SD” “Move2SD”, Aplikasi Backup dan Restore, Mengubah kelajuan CPU dan lain².
Contoh aplikasi mengubah kelajuan CPU, Minima dan Maksima.




Selain itu, Sedikit penjelasan mengenai aplikasi “Move2SD”,  Bagi saya aplikasi ini amat berguna kepada pemilik phone yang mempunyai Internal Memori yang kecil seperti model Samsung Galaxy Y ini. Aplikasi ini selain memerlukan phone yang telah dilakukan proses Root,  Memorikad atau SD Kad juga perlu menjalani proses Partition.


Sepertimana Hardisk Komputer bleh dilakukan Proses Partition, Begitu juga dengan Memori Kad.
Untuk melakukan Partition (Pembahagian) pada memori Kad anda perlu ada computer walaupun dengan cara mengunakan Aplikasi “
4ext recovery” bagi yang tidak mempunyai computer, Namun bagi saya adalah lebih selamat bila menggunakan Komputer. Cara untuk membuat Partition pada memori kad anda boleh lihat disini: 






Berbalik kepada aplikasi Move2SD, Aplikasi ini akan bertindak mengarahkan aplikasi yang baru anda ingin pasang kepada lokasi yang ditetapkan pengguna, contoh sama ada ke lokasi Internal Memori atau External (Luaran). 

Namun ada satu lagi aplikasi yang saya angap cukup serasi berpasangan dengan aplikasi Move2SD ini, iaitu Link2SD. Ini bertujuan, sekiranya ada sesetengah aplikasi yang tidak dapat dipindahkan, dan tidak sesuai untuk dipindahkan, Apa yang saya perhatikan, Mencipta “Link” mampu mengekalkan keadaan ini, Kerana link hanya mengarahkan data sahaja untuk disimpan kedalam memorikad, sedangkan aplikasi utama tersimpan didalam memori smartphone. Seperti contoh, aplikasi Launcher tidak sesuai dipasangkan pada SD Kad, walaupun aplikasi ini boleh dipindahkan ke SD kad, Tetapi kesan sekiranya Launcher tersebut dipasang pada Memori Kad, Adakalanya menyebakan Kegagalan aplikasi Laucher  bekerja dengan sebaik mungkin, dan adakalanya melambatkan proses permulaan selepas setiap kali smartphone boot.
Keadaan ini adakalnya menyebabkan aplikasi lain tidak menunjukkan icon aplikasi2 lain muncul secara sempurna dan mengambil masa untuk stabil. So, Link2SD adalah satu cara atau satu aplikasi yg bleh diguna pakai dlm situasi ini, namun kelemahan lain, Anda perlu matikan Phone sebelum menarik keluar SD kad. Jika sekiranya anda keluarkan Memori Kad tanpa mematikan phone terlebih dahulu, berlaku sedikit kecelaruan dalam sistem memproses yang mungkin bakal menyebabkan phone anda Hang.atau Restart secara tiba2. Ini kerana memori kad dikeluarkan secara tiba² menyebabkan data sistem terputus hubungan.

Sebenarnya banyak Aplikasi² 3rd Party Yang perlu dipasang bila dah root. Cuma disini saya ceritakan apa yang biasa saya gunakan dan membuat penerangan secara ringkas.

Contoh lain, aplikasi utk backup (Sandaran). Seperti contoh Aplikasi Titanium Backup. Lain² anda boleh search digoogle carian, Yang pro mungkin anda kena bayar untuk menggunakan aplikasi tersebut pada tahap maksimum. Tujuan atau kegunaan aplikasi ni untuk backup, membuat sandaran sistem file dan lain² aplikasi yang ada pasang. Sekiranya berlaku sesuatu diluar jangkaan, Anda boleh Restore atau kembalikan semua data yang tersimpan dalam package sandaran.

LAGI KELEBIHAN smartphone yang telah Root.
Mengubahsuai ROM, Atau Custom ROM (Pilihan), Maknanya ROM pilihan. Custom Rom sebenarnya dibuat dari sumber package asal, Cuma diubah, ganti interface, Tukar Laucher, Icon² pada menu, Icon notice atau pemberitahuan, seperti warna dan bentuk animasi bateri, network dan sebagainya. Penukaran sistem bunyi,grafik, pelayar video guna enjin Bravia yang mana kita tahu enjin Bravia ni dibuat untuk system TV, kemudian di olah untuk menyokong Sony Xperia, dan kini perlbagai jenama menyokong Bravia Engine. Maka, dalam keadaan ini terpulang pada pilihan anda. Perlukah anda root smarphone anda atau sebaliknya?

Banyak jenis² Custom Rom yang lakukan oleh individu dan kumpulan.
Senarai Custom Rom yang popular. Nak kata yang terbaik mungkin tidak, sebab bergantung kepada penguna, sebab selera dan keinginan manusia tu tidak sama. Custom Rom ini juga menampakkan seolah pelantar dia dipertingkat version asal. Contohnya version asal menggunakan 2.3.6 Gingerbread, tetapi Custom Rom Mungkin jenis Jelly Bean version 4.1.2 yang mana tidak dikeluarkan secara official.
Saya sendiri ternanti² akan kelahiran Android Kit Kat.
Antara Senarai antara nama Custom ROM:
Boleh check kat sini:
Cuma ape yang saya boleh ingatkan anda, jangan terlalu taksub menukar Rom. Jika sekiranya anda ingin mencuba melakukan perubahan pada smartphone anda. Sebelum pemasangan tu baca dulu secara teliti apa kelebihan sesuatu jenis Rom tu, Kerana ini semua atas tanggungan sendiri. Stable Version adalah mungkin pilihan terbaik, tak kira ape jenis rom pilihan anda.

Salah satu contoh Interface (Pemuka) Rom untuk model Samsung Galaxy Y. Sekali pandang seperti interface Xpria Mini T15i.

Hyperion Custom Rom
Saya sekadar tunjukkan, dan saya tidak pernah memasang Custom Rom ini, Jadi, jangan tanya saya apa kelebihan dan kelemahan Custom Rom ini. Sekadar menyatakan sahaja.

MIUI Cream V1.0 Custom Rom
Mungkin juga bagi mereka focus pada music, Mungkin Custom Rom MIUI Cream V1.0 satu pilihan.
Semuanya bergantung pada anda, bagaimana anda ingin kelainan pada smartphone anda.

Sebenarnya banyak perkara lagi yang anda boleh lakukan sekiranya smartphone anda dah buat proses root, segalanya bergantung kepada kreativiti serta kemahiran anda. Namun tidak semua pemilik smartphone berminat untuk mengubahsuai smartphone milik mereka, Malah lebih suka yang std, janji boleh menghantar SMS, Call atau Layan Facebook.


Maka demikianlah sedikit pandangan saya mengenai Root.  Sekiranya anda mempunyai pendapat yang berbeza, Maka ini adalah kelemahan saya, Saya bukan seorang yang pakar, tetapi sekadar berkongsi sedikit pengetahuan yang dipinjam kepada saya, Kemajuan teknolgi semakin berubah, begitu juga apa yang kita lalui, ada yang sama dan ada yang sebaliknya.

Akhir kata, Terima kasih kepada anda kerana sudi meluangkan sedikit masa untuk membaca semua ini dari mula. Saya harap, apa yang saya kongsikan disini boleh membantu diri anda dengan apa yang anda cari.
Mungkin apa yang disiarkan dlm blog ini membosankan. Begitu juga dengan saya, meluangkan masa yang panjang untuk menerangkan perkara yang tidak seberapa ini.

Sekian.
Wassalam.

Note:
Untuk sebarang pertanyaan
² lain, untuk tidak mengambil masa yang panjang untuk saya membantu anda masalah kecil yang anda hadapi berkaitan smartphone android anda, anda boleh cari saya disini.

16 comments:

  1. Assalamualaikum Abe Atok. Sy nak tny pernahkan anda root handphone android yg menggunakan UI vibeui_v1.5 contohnya:- Version: P780_VIBEUI_V1.5_1423_9_ST ? Minta tunjuk ajar sikit!

    ReplyDelete
  2. Sy nanhha dgn anak melayu seperti awk...
    Nagaimana nak hubungi awk utk root dam buat paryition pd smart phone sy

    Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awk bleh wat sendiri mcmana nk root, cara² utk create partition juga ada dlm blog sya ni..
      ;-)

      Delete
    2. Assalamualaikum boh mintok tolog sagat2 ni nk root talipon xlih note2 root pakai kingroot frimaroot townroot semua xleh minta tolong boh nk main coc payoh ni mintok tolog bosss t.kasih

      Delete
    3. Saiful azlan, note 2 bkn guna cara kingroot atau aplikasi root biasa, kena guna CF-Autoroot, flash guna Odin jika samsung Note 2 ori..

      Utk detail..baca kat sini, tool dan keperluan juga ada kat sini:
      http://forum.xda-developers.com/showthread.php?t=1933542

      Delete
  3. Cara Block atau Mematikan Handphone yang Hilang dan di Curi Guna Imei.
    http://lemangpanas90.blogspot.com/2015/07/cara-block-atau-mematikan-handphone.html

    ReplyDelete
  4. Salam..nak Tanya..tahu x camne nak root HP ding ding sk3? Please..tq...:)

    ReplyDelete
  5. Sya juga menghadapi masalah yg sama..Hp dingding sk3 bermasalah..on je,tertulis upgrading 1/142..smpai abis batry memang mcm tu je .plz..tlg..huhu

    ReplyDelete
  6. Sya juga menghadapi masalah yg sama..Hp dingding sk3 bermasalah..on je,tertulis upgrading 1/142..smpai abis batry memang mcm tu je .plz..tlg..huhu

    ReplyDelete
  7. mane nak cari offical rom ding ding sk3.....?????? nak flash rom....penat dh aku cri..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...