Thursday, October 10, 2013

Install USB Driver Untuk Phone CLONE jenis MTK secara Manual.

Salam sejahtera,
Kembali lagi kali ini berkenaan isu atau masalah komputer tidak dapat mengesan peranti, tetapi kerana disebabkan kerana masalah driver. 
Bagi phone original branded seperti samsung, sony dan HTC dan lain2 mungkin tidak mengalami masalah sangat kecuali masalah disebabkan masalah peranti yang tidak dapat mengesan peranti disebabkan hardware dan lain.

Apa yang saya cuba ceritakan disini adalah mengenai komputer dapat mengesan peranti (Handphone), tetapi
tidak ada driver. Maka ini akan menyebabkan komputer tidak dapat berintraksi dengan peranti, kerana komputer tidak kenal jenis peranti dan apa2 yang menyokong sistem peranti.
Kebanyakkan kes seperti ini berlaku pada model2 phone buatan china atau lebih dikenali Phone Clone.

Ada berbagai cara untuk mengatasi masalah ini,
Selain daripada anda menggunakan ADB Driver, Yang mana anda boleh download DISINI, perisian ini akan mengesan peranti dan memasang driver yang sesuai, tanpa anda perlu bersusah payah mencari dan memasang driver sesuai bagi peranti tersebut.

Namun sekiranya masih gagal, terdapat pilihan lain, Anda kena muat turun dari mana2 sumber berkaitan driver bagi peranti atau handphone yang anda milik, ektrak ke mana2 folder pada computer anda, kemudian pasangkan secara manual.

Namun,
Disini saya sediakan juga sebahgian daripada jenis2 driver yang boleh diguna pakai untuk smartphone android dari jenis MTK, Anda boleh muat turun DISINI., Download dan Extrak pada mana2 folder.
Atau DISINI, Install exe file, Mungkin juga yang INI. Download dan Extrak pada mana2 folder. Atau Download MTK Preloader DISINI. Ektrak dan buka folder didalam Zip file, Double klik pada InstallDriver.exe file tersebut. Link2 driver tersebut adalah senarai yang saya ada dan saya gunakan sebelum ini dan telah mengatasi masalah driver untuk kebanyakan phone clone yang saya kendalikan. Kecuali sekiranya anda gagal dengan cara pemasangan driver2 tersebut.

Cara install driver secara manual. Guna MTK PreLoader Installer
1- Buka Device Manager.
    (Contoh paparan pada Device Manager seperti gambar dibawah).
Ada sesetengahnya komputer dapat mengesan peranti cuma tidak mengenal peranti dan ada yang sebaliknya.

Tetapi sekiranya komputer masih tidak mengesan peranti. Keluarkan Usb cable, Matikan Phone, kemudian sambungkan semula usb cable dalam keadaan phone off, ada sesetengah peranti mengesan peranti ketika peranti OFF, tetapi sekiranya komputer masih gagal mengesan peranti, Matikan Phone, cabut USB dan keluarkan Bateri kemudian sambung phone guna USB cable tanpa bateri, kerana ada sesetengahnya memerlukan cara ini. 

Kebanyakan model jenis MTK memerlukan cara yang berlainan dan berbeza walau hakikatnya platform yang mereka gunakan adalah jenis Android. Jika anda pening bagaimana nak kendalikan masalah ini, begitulah bagaimana saya pening untuk melakukan setiap kali keadaan ini saya alami, apa lagi untuk berkongsi masalah ini dengan anda..

Dalam keadaan anda telah melihat peranti atau device pada Device Manager pada komputer anda, jika anda download MTK Preloader driver intaller, Jalankan InstallDriver.exe tersebut, semasa phone masih bersambung dengan komputer..
Kemudian Restart Komputer anda.. Keluarkan sambungan phone pada Komputer.

Selepas komputer telah dihidupkan semula buka bahagian device Manager sekali lagi. JANGAN ON PHONE ANDA lagi, DAN JANGAN SAMBUNGKAN PADA KOMPUTER. Dalam keadaan phone masih OFF, sambungkan usb cable pada phone dan usb port pada Komputer. Tetapi MESTI PADA PORT USB YANG SAMA pada masa penyambungan sebelumnya. KESILAPAN ATURCARA anda mengendalikan keadaan ini boleh mengagalkan pemasangan driver untuk peranti tersebut.

Sekarang, apa yang anda perlu lakukan setelah melihat peranti masih bertanda NYATA pada Device Manager, Double klik pada device tersebut, kemudian update driver. Browse my computer for driver software dan cari folder MTK PreLoader. Kemudian cari folder Win7 sekiranya anda menggunakan komputer platform Windows 7, begitu sebaliknya.
Contoh:

Sekiranya driver sesuai dengan peranti yang tertera untuk peranti seperti dalam gambar diatas, maka tanda NYATA pada Other Device akan hilang, dan kedudukan mungkin menyatakan Android ADB. atau nama device tersebut. Sekiranya telah selesai keadaan ini, maka satu perkara anda telah atasi.

Tetapi sekiranya masih juga gagal, cara lain untuk memasang driver secara manual adalah seperti berikut.
Pada Device Manager di komputer anda, Klik Action, Add Legacy Hardware. Sekiranya Add Legacy Hardware tidak muncul, (Adakalnya berlaku hanya ada Help), Anda cuma perlu klik View---Customize, Kemudian bahagian MMC, tandakan pada kotak pada "Console Tree", klik sekali lagi untuk buang tanda pada Console Tree tersebut, kemudian tutup Customize View, Klik OK, nanti ada akan dapati "Add legacy hardware muncul setelah anda klik pada tab "Action". Keadaan ini berlaku sekiranya anda tidak pernah atau pertama kali cuba menggunakan teknik ini, selepasnya anda tidak perlu melakukan lagi kecuali anda telah format komputer anda. :)

Lihat gambar dibawah.

Maka anda akan dapati Add legacy hardware muncul.

Seterusnya........






Gambar dibawah adalah contoh sahaja.. saya capture dlm folder saya, cari kat mana driver yg awak download dan extrak.














Maka begitulah sedikit sebanyak bagaimana saya mengatasi masalah pemasangan driver untuk peranti Android phone jenis MTK atau KLON Set.

Saya harap, perkongsian ini mampu membantu mengatasi masalah pemasangan driver untuk Android Phone anda. Sekiranya apa yang saya kongsikan disini masih juga gagal menyelesaikan permasalahan anda, sesungguh saya juga punya kelemahan dan tidak semua perkara saya dapat membantu anda.
Namun apa yang saya siarkan disini adalah apa yang saya lalui, dan saya atasi. Memandangkan banyak lagi phone android yang tidak pernah saya kendali mungkin pengetahuan dan cara pengendalian mungkin berbeza, walaupun adakalanya pada satu nama model mungkin ada 3,4 jenis, apa lagi yang KLON dari china, adakalanya cukup memeningkan kepala otak saya yang mungkin hanya sebesar 1gb untuk mengendalikan sumber yang berTeraGB. :P

Anda boleh google di dunia maya yang luas, cuma kekadang apa yang dikongsikan 100% sama dengan phone2 android yang dipasarkan dinegara Malaysia. Walaupun sesetengahnya mengatakan buatan Malaysia.. Kah..kah..kah.. Udah2 la Yeop dok nipu..stakat beli Brand jer. Pastu pong pang pong pang dok kata buatan tempatan, kalau pasang kat kilang tempatan, Wak percaya..hahahahaa

Bukan ape, bkn wak syok layan cara wak, tapi tak ker pelik, pada set bukan main lg tulis Brand tempatan, tetapi bila dah siap install driver, gamoknya Alcatel tu brand tempatan eh? Hahahahaa.. 
Ah..lantok engko lah..yang penting, wak ada keje maka ada gaji. Takder kerje, Perut tak terisi. 
Cuma wak blogging ajar secara free...

Ok lah..
Boana Dias..
Wak stop dulu, Waktu subuh dah nak masuk :)



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...