Thursday, October 10, 2013

Komputer Tidak dapat mengesan Smart Phone Android. (USB Problem?)

Salam sejahtera..
Perkongsian saya kali ini adalah mengenai masalah computer tidak dapat mengesan peranti atau Android Smart Phone.
Berpandukan seperti tajuk diatas, saya juga sering mengalami masalah computer tidak dapat mengesan Peranti, Tapi apa yang anda perlu tahu ada 2 jenis mengenai masalah ini.

1- Komputer langsung tidak dapat mengesan Peranti,
2- USB Not recognize.
USB Not recognize
2 jenis keadaan yang biasa saya temui yang mana keadaan ini menyebabkan computer tidak boleh
berhubung dengan peranti. Dalam keadaan ini jika peranti atau Smart phone anda yang memerlukan penyambungan pada computer, untuk mengatasi masalah seperti  Pattern Lock, Lupa Kata Laluan, Tersangkut  (Hang) statup logo, tidak ada cara lain lagi selain menggunakan tools box repairing khas yang mana sambung secara langsung menggunakan jenis UART Cable atau Jig2 Khas.

Maka tidak berbaloi bagi anda yang mengeluarkan banyak modal untuk membeli alat² khas semata² hanya untuk menyelesaikan satu atau sebiji smart phone. Tetapi disini saya cuba huraikan mengenai permasalahan tersebut dan mengikut apa yang saya lalui dan selesaikan.

Pertama, Jika komputer tidak dapat mengesan langsung peranti sedangkan proses mengecas kuasa bateri dilihat ok atau berfungsi.
Apa yang anda perlu tahu, litar usb port untuk system mengecas, bukanlah dari satu aliran laluan atau track yang sama. Carta dibawah menunjukkan 4 pin yang terdapat pada USB Port std.
Dan ini pula kedudakan wire.

Ini pula gambaran pada connector.
Kebanyakan yang digunakan kat pasaran negara Malaysia Connector sambungan pada peranti jenis Mini TypeA dan B.
Jadi, Secara logiknya, untuk mengecas litar atau pin yang digunakan adalah Pin 1 (Vcc) dan Pin 5 (Grounding). Tetapi untuk komunikasi antara komputer dengan peranti memerlukan Pin 2 (Data Negatif) dan Pin 3 (Data Positif) termasuk grounding. Pin Grounding bukan hanya pada pin bhagian dalaman tetapi hujung usb yg diperbuat dari metal (Besi) kekadang bersambung, Kalau USb cable jenis murah, jelas pemgilang tidak melakukan sambungan pada bahagian metal ini.


So sekiranya komputer langsung tidak dapat mengesan peranti, maka ini menunjukkan bahawa terdapat masalah sambungan. Banyak kemungkinan.
Samaada wire putus. USB Hub pada komputer longar dan pin tidak bersentuhan, Atau female usb connector pada peranti longar, atau Pin yang disolder pada pin tercabut (Masalah Solder dry). Kebanyak kes berlaku pada set Klon. Selain tu juga, terdapat kes yang mana Female Usb Connector yang dipasang pada peranti, bahagian pin 2 dan 3 terlalu kedalam, sedangkan Male connector pada USB cable pin terlalu pendek atau kepala male Connector mempunyai halangan pada reka bentuk sehingga menghalang male connector betul2 rapat pada Female Connector.

Memandangkan saya sentiasa jumpa kes2 macam ni, ada sesetengah USB cable saya perlu ubah dari rekabentuk asal untuk kemudahan saya sendiri.


Namun ada juga kes masih terdapat halangan utama, yang mana USB female connector yang terdapat pada set atau peranti terlalu kedalam sehingga menhalang USB memasuki tahap maksima, dan ada sesetengah apa yang saya lakukan sehingga ketahap ini.



2 gambar diatas menunjukkan komputer langsung tidak mengesan peranti, sedangkan USB male connector dalam keadaan baik atau tidak tertanggal, tetapi memandangkan USB male connector telallu kedalam disamping bentuk binaan Housing menghalang keseluruhan male connector memasuki Female connector menyebabkan pin tidak bersentuhan. So pesan saya kepada anda jika ingin membeli USB cable, pilih yang mana hujungnya lebih panjang. Jangan ingat semua kepala USB cable tu sama panjang. Dan lagi satu, USB cable yang keadaan insulate cable tu biar jenis keras, bukan yang senang nak gulung. Dan anda jangan sesekali gulong atau belitkan USB cable anda, yang mana ini akan menyebabkan wire yang terdapat didalamnya mudah putus. Wire yang keras memberikan aliran arus yang baik. Dan nilai bacaan Ohm lebih stabil berbanding yang lembut.


Kes ke 2, yang mana USB Not Recognize, Juga ada beberapa kemungkinan sehingga menyebabkan keadaan ini berlaku. Antara punca2nya, Wire shot, Pin Shot, Wire jenis lembut yang mana aliran rintangan terlalu tinggi (Ohm) Dan ada juga punca disebabkan komponen yang terdapat didalam peranti shot. Sekiranya berlaku komponen shot, sebaiknya hantar ke pusat service berhampiran sekiranya anda tidak mampu membaik pulih sendiri. Tapi pada peringkat permulaan sebelum anda hantar ke pusat service berhampiran, anda cuma memeriksa samaada komponen shot atau sebaliknya.

Langkah awal, bersihkan Female usb connector pada peranti, Anda boleh gunakan IPA, Acetone atau solvent cleaner, atau Minyak Zippo. (Minyak untuk sejenis pemetik api), bahan ini cepat kering. Kemungkinan shot hanya dibahagian female connector sahaja, yang mana ini mungkin disebabkan kesan terkena air.

Langkah2 lain, untuk mengenal pasti masalah komputer tidak dapat mengesan peranti.
Anda boleh cuba tukar USB cable, atau boleh cuba guna lain komputer. Kerana kekadang female usb connector pada komputer yang bermasalah.

So, setakat ini sahaja yang dapat saya kongsikan untuk post kali ini.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...