Saturday, December 21, 2013

Macamana nak format NAND Flash MT6589, MT6577, MT6582, MT6572 (Clone Phone)

Salam sejahtera.
Terima kasih kepada pengujung setia blog wak.
Niat wak bukan nak mengajar, cuma nak berkongsi dengan kalian.

Jauh sekali nak rasa berbangga dengan apa yg wak kongsikan..
Kerana apa yg dimiliki hanyalah pinjaman semata2.

Format  NAND Flash MT6589, MT6577, MT6582, MT6572 (Clone Phone)


Kenapa nak format?
Ada sesetengah isu atau kes, masalah phone tak boleh memasang apa2 aplikasi, dari keadaan ini, adakalanya memori dalaman menunjukkan kapasiti memori 0.00mb.
Keadaan ini mungkin menunjukkan nand flash phone rosak atau sistem bercelaru, jika memorikad, anda boleh gunakan komputer, format dan betulkan sistem, tapi bagaimana pula dengan Nand Flash?

So, apa yang wak share kali ini, mengatasi masalah tersebut.


Apa peralatan yg diperlukan untuk proses fomat nand flash?
Sebuah Komputer.
USB Cable.
SP Flash Tools, Latest Version anda boleh dapatkan disini.

Adb Driver Khas utk flash Tools MT6589, MT6577, MT6582 dan MT6572, sedut disini.

Dan donlod apa yg wak ceritakan diatas, Extrak keluar SP Flash Tools, Dan Drivernya perlu dipasang terlebih dahulu pada komputer. Sambungkan dengan USB cable untuk proses pemasangan Driver, setelah selesai, pemasangan driver, keluarkan atau cabut USB cable, Off Phone dan keluarkan bateri.
Kekedang teknik flash phone jenis MTK dan Spreadtrum mcm kelakar sikit, sbb dia tidak memerlukan bateri untuk proses flash.


Setelah cukup syarat2 diatas,
Sekarang jalankan SP Flash Tools. (Run As Administor)




Seterusnya, masukankan Scatter phone model anda.

Selepas Scatter dimasukkan, segala yang berkaitan pack rom yg anda downlod akan muncul pada bahagian bawah. Scatter model yang saya gunakan adalah model Lenovo A66. [MT6575].


Kemudian langkah seterusnya, anda klik pada buton "Format".



Dan bila anda klikkan pada buton Format, apa yang anda akan dapati akan muncul paparan Format Option, seperti gambar dibawah. Pilih Auto Format Flash, Kemudian pilih Format Whole Flash, lihat contoh gambar dibawah.

Berpandukan gambar dia atas, seterusnya anda klik buton "OK".

Selepas anda klik ok,
Sambungkan phone yang anda dah keluarkan baterinya seperti saranan saya saat awal tadi. Ingat, TANPA BATERI.

Dalam keadaan ini, kemajuan proses format akan dipaparkan pada bar status bawah sekali pada SP Flash Tools. Dan proses flash akan bermula secara terus, jika komputer dapat mengesan peranti atau phone anda.


Selesai sudah format, maka anda digalakkan flash smula rom, untuk memerikan lebih keserasian pada peranti anda.

Selamat mencuba dan sekian saja dari Wak.

7 comments:

  1. Assalam wak...sume model lenovo pn blh guna tool ni ke...

    ReplyDelete
  2. Gagal terus nand flas eror gan.ukuran melebihi

    ReplyDelete
  3. Kes di hp saya adalah Nand flash was not detect

    Apakah sama dengan kes ini?

    ReplyDelete
  4. Kes di hp saya adalah Nand flash was not detect

    Apakah sama dengan kes ini?

    ReplyDelete
  5. bagaimana cara format mt6582 ke mt6572??

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...