Tuesday, December 10, 2013

Buat USB JIG Guna USB DATA CABLE anda sendiri.

Salam sejahtera..
Lama wak tak mengemas kini apa2 sumber kat blog ni..
Po khabo korang?
Pening²? Loya².. mikirkan masalah samsung korang x boleh nk masuk download Mode..

Kali ni wak share ngan korang macamana nak masuk DOnlod Mode guna USB Jig,

Klau kat sumber google, korang bleh dapat mengenai info camno nak buek benda ni, cuma apa yang wak share kat sini beza skit ngan mana2 sumber..

Wak dapat idea utk ni masa tengah dok makang goreng pisang dalam waktu hujang :P
Ketika warga Kuantan dilanda banjir. Memandangkan masalah tenet kat area wak time tu, so wak tak dapet share ASAP, As soon as possible, atau klau melayu cakap, secapat mungkin.

Wokey..
Untuk buat USB Jig ni, selain dari USB Cable Data korang mesti ada..


1- Soldering Iron, tik kira jenis mahal atau jenis cap ayam.



2- Solder Wire, Atau timah pateri.
 
3- Cutter (Pemotong wire)












4- Apa2 pemegang utk peggang usb connector, klau korang kebal, boleh penggang ngan tangan jer. :P

5- Saya gunakan Headphone terpakai utk toturial ni. Ni jenis utk Head Phone Model Nokia 2300 kalau tak salah, tapi korang boleh guna apa2 jenis yg peting suis kat dalam tu yang utama, lain2 kotak atau casing utk tutup dia terpulang pada korang.



Wokey..bukan nak guna keseluruhan..
Saya cuma amk bhagian tengah yang ada suis tu jer..
Lain2 x perlu..
Korang mungkin ada simpan yg lama, yang mungkin dah rosak, aaaa..bleh guna.



Yeahhhhh...
Ini jer part yang Wak amik.















Dan...
Komponen yang mana dinamakan Resistor , Wak guna Resistor 100K oHm sebanyak 3 bijik, tapi kalau guna 300K ohm, sebijik jer..
Resistor 100K Ohm, Belang Coklat, Hitam, Kuning.. Klau jnis SMD kod 104.
Atau Resistor 300K ohm Belang Oren, Hitam dan Kuning.. Atau Jenis SMD 304.

Terpulang pada korang, yang penting nilai dia mesti 300K ohm. +/1 5%.



Wokey.. jelas..?

Std USB Data cable yg wak selalu jumpa ada 4 wire..
Merah, Hijau, Putih dan Hitam..
Tak tahu la yg korang punya warna ape..klau tak salah warna biru pun ada.. oh..yer ker..
tak tahu la yg mana satu cap ayam punya :P

Korang bukak dan keluarkan bahgian hujung atau bhagian Male Connector..
Guna cutter.. berhati2 skit, kot terpotong jari korang tu..
Wak tak jamin. :P


Ok..Wak tunjukkan wire disolder pada bahagian bawah..
Atau bahagian ada penyangkut tu..
Bahagian ni ada 2 pin jer..
Jenis lain wak tak jamin.



Kalau pada USB cable korang ada satu jer wire putih, tp kalau korang tengok pada gambar wak ada dua wire putih, satu wak spare.. utk proses seterusnya..



Base gambar diatas, Hitam, Hijau kat tengah, dan merah..tengok betul2.. Kalau salah, dan tak berfungsi, sendiri tanggung la ek..
Sori gambar blur, maklum r, guna phone camera jer utk amik gambar, kena lak phone model brand cap Nokia jer :P


Nah..proses seterusnya,
Tengok dan peratikan betul2 sambungan wire utk pasang resistor dan suis..

Wak tak reti nk citer secara bahasa buku bab2 toturial ni, just guna bahasa koksir kokdam jer..
Janji bila korang tgok gambar rasanya korang paham kot..
Kalau tak paham..wat2 paham jer...hihihiii




Serabutkan tengok..
waduh.. walaupun x berapa comel, wak harap hasil seni korang lagi comel dari wak punya. :)

Gini lah rupa selepas dah siap..
Simple jer..
Yang penting selain dari utk USB JIG, yg mana set x oleh nak masuk donload Mode..
Insyaallah..boleh cuba..

Peringatan:
Hanya untuk proses Donload Mode sahaja korang tekan suis, dan jangan sambung ke Komputer.
Untuk sambung pada komputer, suis kena dilepaskan, maka sebab itu kenapa saya gunakan PUSH BUTTON SWITCH, bukan guna jenis LOCK, sbb masalah manusia kekadang mudah terlupa, berlaku apa2 pada komputer korang, wak tak jamin, sumer risiko korang sendiri..



Cara kegunaan benda ni korang boleh tangok bideo..
Dibawah  atau di Chanel Budak Kampung Masa Kini.

Sekian dari Wak..
Semoga bernafaat buat kalian.. :)







4 comments:

  1. takya guna swtich lagi bagus....auto detect download mode.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi.. mmg betul.. tetapi jika awk buat tnpa suis, cable tu smata2 utk download mode.
      Tapi rekaan sya ni slain utk download mode, masih boleh guna utk mengecas dan juga connect fon pd komputer..
      Maka sebab itu kenapa saya namakan Multi..

      Ada jer sya jual USB jig.. smata2 utk download mode..
      Tanpa cable.. ;)

      Delete
  2. wah sangat bermanfaat sekali, nice work gan.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...