Sunday, September 22, 2013

Cara² Mengatasi Masalah Memori Penuh Pada Smartphone Android Anda.

Salam sejahtera,

Bersambung dari post mengenai cara Membuat Partition pada memori kad, disini saya akan tunjukkan pula bagaimana cara menetapkan  memori kad yang telah dilakukan proses partition sebelumnya. Walaupun memori kad telah dibuat partition, tetapi arahan² lain perlu dilakukan supaya partition ini berfungsi sepenuhnya bila mana anda masukkan memori kad tersebut pada smartphone.

Peringatan.
Aplikasi ini memerlukan phone yang telah dilakukan prosess Root terlebih dahulu, sekiranya smartphone tidak root, aplikasi ini tidak berfungsi sepenuhnya walaupun boleh dipasangkan.

Apa lagi yang perlu untuk proses ini.

Dua jenis aplikasi "Move2Enabler" dan "Link2SD"
Untuk "Move2Enabler" anda boleh muat turun disini.
Manakala untuk aplikasi "Link2SD" muat turun kat sini.
Setelah kedua² aplikasi dah muat turun, copy dan paste 2 aplikasi tersebut pada memori kad yang anda buat partition.

Peraturan pertama, apa yang perlu dilakukan, adalah memasang aplikasi "Move2Enabler" terlebih dahulu.



Selepas aplikasi ini dipasangkan, pergi kepada Menu, cari icon Move2Enable aplikasi ini kemudia, jalankan.
Selepas anda menjalakan aplikasi "Move2Enabler" ini, maka paparan pertama anda akan lihat seperti gambar dibawah.



Sentuh permukaan screen untuk melihat sampai ke bahagian bawah.


Untuk meneruskan kepada langkah seterusnya, anda perlu menyentuh "I've read it"


Selepas menyentuh "I've read it" tadi, maka "Next' button aktif untuk anda meneruskan ke langkah seterusnya. Sentuh "Next".


Pada paparan seperti gambar diatas, bergantung kepada pilihan anda bagaimana anda mahukan setiap aplikasi yang anda akan pasang pada smartphone anda mengarah kepada memori dalaman smartphone ada atau ke peyimpan memori luaran (SD kad). Anda juga boleh menetapkan secara "Auto", Cuma sedikit pelik jika anda mengarahkan penyimpan didalam Internal. Kalau anda bersusah payah ,encari cara bagaimana mengatasi masalah internal memori penuh, kenapa anda meletakkan tetapan pada Internal.  Hahahhaa...just kidding. 

Contoh gambar diatas, saya setkan pada "External", Maka setiap kali ada aplikasi baru yang saya akan pasang akan terus mengarahkan aplikasi itu menyimpan ke peyimpanan memori luaran atau SD kad.
Setelah set "External" ATau "Auto", langkah seterusnya nda perlu sentuh pada "Apply".


Setelah anda menyentuh "Apply", Aplikasi "Superuser" mengesan bahawa aplikasi "Move2Enabler" ini cuba memasuki sistem akar, Maka sebab itu kenapa aplikasi ini hanya untuk smartphone yang dah dibuat root, Phone yang dah root memberikan anda kunci sama ada membenarkan atau menghalang aplikasi² 3rd Party untuk berfungsi, sekiranya "Superuser" meminta kebenaran, Anda perlu membenarkan aplikasi "Move2Enabler" ini berfungsi, jadi sentuh "Allow". untuk mengesahkan.



Gambar diatas menyatakan bahawa anda telah berjaya membuka kunci untuk memindahkan aplikasi² yang tersimpan didalam memori dalam ke SD kad.
Sekiranya anda mahu terus memidahkan aplikasi² tersebut, anda boleh sentuh pada perkataan "Yes".
Bila anda menyetuh "Yes" maka anda akan dibawa ke paparan aplikasi setting, untuk memindahkan aplikasi² tersebut. Tetapi saya cadangkan anda lupakan dulu proses pemindahan tersebut. Dengan Menyentuh "No".
Kerana ada lagi satu aplikasi yang perlu ditugas untuk partition tersusun mengikut arahan.


Cadangan saya lagi, tutup aplikasi "Move2Enabler" ini, lupakan sekejap.
Kembali kepada pemasangan aplikasi ke 2 yang telah anda muat turun.

Pasangkan aplikasi "Link2SD".

Dan selepas itu jalankan aplikasi "Link2SD" ini.


Seperti biasa, yang mana mermerlukan sistem root, Benarkan (Allow) semasa Superuser meminta kebenaran.


Lihat gambar dibawah. Paparan ini akan muncul selepas anda membenarkan permintaan aplikasi "Superuser". Anda perlu memilih sistem untuk Patition yang ingin anda gunakan. Pada toturial mengenai Membuat Partition menggunakan Mini Partition Tool, Telah saya jelaskan untuk menetapkan pada tetapan ext2, Tetapi sekiranya anda menetapkan selain daripda apa yang saya tunjukkan, makanya disini anda perlu menetapkan seperti apa yang anda buat.



Sekiranya anda mengikut langkah² yang saya tetapkan, tetapkan pada pilihan sistem pada "ext2", anda boleh menerus langkah seterusnya dengan menyentuh "OK" selepas pilihan sistem partition berpandukan gambar diatas.

Maka selepas itu akan keluar paparan seperti gambar dibawah. Paparan itu menyatakan anda perlu "RESTART" smula smartphone anda.



Walaupun selepas anda Klik OK, Paparan akan menujukkan semua aplikasi² yang terpasang dan dipasang didalam smartphone anda, Seperti gambar dibawah.
Pada masa ini anda DILARANG MENGUSIK apa² kecuali RESTART SMARTPHONE ANDA!!!
Walaupun anda nampak kelihatan seperti gambarajah dibawah.


Selepas anda RESTART SMARTPHONE anda, Pergi pada Menu, cari dan jalankan aplikasi "LINK2SD" ini.

Kali ini, (Selepas Restart), Kemunculan pertama paparan berbeza dengan sebelumnya, jadi kenapa saya melarang anda melakukan apa² sebelumnya. Kesilapan anda atau kegagalan arahan memungkin anda mengulangi proses berkali².
Selepas menjalankan aplikasi ini buat kali kedua ini, lihat bagaimana paparan yang muncul berlainan dari sebelumnya.

 Kebanyakan apa yang saya lalui, sekiranaya paparan muncul seperti gambar diatas selepas smartphone "RESTART", saya percaya aplikasi ini telah mengikuti peraturan dan aturcara pemasangan yang betul, tetapi sekiranya paparan tidak seperti diatas, mungkin ada kesilapan berlaku. 

Selepas melihat paparan diatas, anda boleh meneruskan untuk langkah seterusnya. 
Sentuh :OK".

Tahniah, Anda berjaya melaksanakan tugas² seterusnya. Untuk melihat cara² dan toturial ringkas bagaimana memindahkan aplikasi² yang tersimpan dalam memori dalaman ke memori luaran (SD kad).
Cara² mencipta "Link" dan juga bagaimana melaku proses membekukan "Freeze" untuk aplikasi yang tidak berguna dan lain².

Diatas adalah gambar selepas proses² tadi dilakukan, kembali kepada paparan aplikasi "Link2SD".
Jika anda perhatikan icon yang tedapat pada paparan aplikasi ini, terdapat 3 jenis icon pada bahagian atas, berbentuk corong penapis, Saya suka kreativi pembina aplikasi ini, Lihat gambar dibawah, contoh dalam bulatan merah.

Tujuan corong penapis itu untuk menapis aplikasi² yang sedia dipasang dalam smartphone anda, Jika diletakkan pada All, maka ianya menunjukkan semua sekali aplikasi² yang ada, tetapi sekiranya diletakkan pada "System" maka hanya aplikasi didalam sistem sahaja akan dipaparkan, sekiranya diletakkan pada "User", maka ianya hanya memaparkan aplikasi yang anda telah pasang sahaja. begitu juga yang lain², penapis bagai sesutu untuk memudahkan anda mengesan setiap aplikasi dan menjimatkan masa.

Setelah menetapkan hanya untuk "User" sahaja, maka hanya aplikasi yang saya pasang untuk membuat toturial ini saja dipaparkan, so memudahkan saya menunjukkan cara yang lebih jelas. Terdapat 14 jenis aplikasi yang saya pasang.

Gambar dibawah pula, menunjukkan cara bagaimana saya memindahan aplikasi Facebook. Pada aplikasi yang terpaparan dalam susunan itu, saya perlu menyentuh untuk memindahkan, Selepas saya menyentuh aplikasi Facebook dalam susunan aplikasi² seperti gambar diatas, Maka papran akan muncul seperti gambar dibawah.

Anda diberi pilihan, samaada untuk memindahkan aplikasi atau sekadar membuat link ke SD Kad.
Gerakkan permukaan pada bahaagian bawah, sekiranya smartphone anda mempunyai saiz screen yang besar ianya terus memapaparkan keseluruhan.

 Sekiranyanya anda mimilih untuk memindahkan aplikasi, maka keseluruhan aplikasi termasuk data peyimpanan akan berpindah ke SD kad, tetapi sekiranya nada membuat "Link", maka hanya data saha akan terpindah, aplikasi tetap didalam memori dalaman. Namun sekiranya berlaku kompliksi luaran untuk menjalankan aplikasi seperti FB ini, maka anda boleh memindahkan semula ke Memori dalaman dan mencipta link sahaja sekira sebelumnya anda memindahkan secara keseluruhan aplikasi tersebut.

Contoh gambar diatas saya memindahkan keseluruhan aplikasi Facebook yang terdapat didalam memori dalam untuk dipindahkan pada memori luaran. SD Kad.

Proses pemindahan dilakukan. 

Pemindahan Selesai
Selepas
Sebelum
Gambar diatas menunjukkan aplikasi Facebook telah berjaya dipindahkan ke Memori Luaran. SD Kad.
Senang bukan?  Jadi untuk aplikasi² yang lainnya anda guna cara yang sama bagaimana untuk memindahkan aplikasi tersebut dan sudah terpasang pada memori dalaman, tetapi untuk aplikasi² yang bakal anda pasang, tugas² akan diuruskan oleh aplikasi "Move2Enabler" yang anda pasang mula² tadi, Anda boleh menjalankan aplikasi "Move2Enabler" tersebut untuk menetapkan lokasi kepada "Auto" atau external penyimpanan. Itu saja kerja yang dilakukan aplikasi "Move2Enabler" tadi.

Bagaimana membuat Link?

Caranya hanpir sama, cuma anda perlu menyentuh bahagian "Create Link".
Aplikasi yang saya buat link ini ada Aplikasi "Go Launcher". Saya tidak mahu berlaku kompilasi semasa setiap kali saya "Restart" smarphone. Launcher memerlukan gerak kerja yang stabil untuk keseimabangan ia bekerja, sekiranya aplikasi ini saya pindahkan ke SD Kad, apa yang saya dapati kemunculan aplikasi² lain agak lambat, Kerana  aplikasi² walaupun tidak bergantung kapada aplikasi Launcher sepenuhnya tetapi pada kewujudan dibahgian menu, Icon² yang mengantikan sistem paparan atau sistem icon aplikasi tersebut. Biasanya pembuat Theme Launcher menetapkan icon² khas untuk lain² aplikasi, contohnya Theme menggunakan Icon yang tersedia pada theme untuk Aplikasi FB dan lain². Maka ini sekiranya aplikasi Launcher dipindahkan ke SD Kad, Laucher terseebut seperti terpaksa bergerak dua hala, Dari SD kad, pergi pada sistem, kemudian terpaksamasuk semula ke SD kad, untuk menjalakan data² dan mengagihkan pada yang menggunakan icon² tersebut.

Dan sebab itu saya membuat link, makna Launcher terus bekerja semasa smartphone dalam proses boot.
Kewujudan atau kemunculan icon untuk aplikasi², masanya selari bila smartphone telah bersedia. 
Lihat gamabar dibawah bagaimana untuk membuat "Link".

Lihat gambar dibawah, apa file² yang akan dihantar ke SD Kad. Jika dilakukan Proses Link.

Setelah selesai penetapan proses mencipta "Link".

Maka apa yang dipaparkan didalam aplikasi "Link2SD" adalah seperti gambar dibawah.

Mudahkan?

Sekarang saya tunjukkan cara bagaimana untuk membekukan aplikasi.
Contoh gambar dibawah, saya cuba pada aplikasi "Kemaskini Perisian" (Update Firmware).
Walaupun tidak guna, tetapi prosessor terpaksa membekalkan tenaga untuk aplikasi ini berjalan, malah mengunakan sedikit RAM, tetapi sekiranya kita membekukan maka sedikit Ram yang digunakan boleh mengalihkan pada penggunaan aplikasi² lain yang anda guna.

Klik pada aplikasi tersebut. Nanti paparan yang muncul seperti gambar dibawah.
Aplikasi ini boleh dibuang sebenarnya, tapi pada peringkat awalan ini saya tunjukkan bagaimana cara membekukannya dulu. Memandangkan ini ada jenis Odex, maka anda tidak boleh memindahkan ke SD Kad.

Bila anda Klik Pada button "Action" seperti gambar diatas, Anda akan diberi perlbagai pilihan, 
Sama ada nak buang, bekukan atau sebaliknya. Lihat gambar paparan dibawah.

Untuk Toturial ini saya memilih untuk bekukan, Jadi saya Pilih "Freeze" atau bekukan.

Gambar diatas menunjukkan aplikasi ini sudah dibekukan.
Tetapi masih ada lagi yang berkaitan dengan perlu dibekukan sama.

Aplikasi kemas kini perian ke dua tersebut anda juga perlu lakukan proses "Freeze".

Melihat pada gambar diatas, walaupun kedua² aplikasi kemaskini perisian telah dibekukan tetapi icon kemaskini masih ada pada bahagian bar pemberitahuan. Seperti yang saya bulatkan icon tersebut.
Anda tidak perlu risau keadaan ini, kerana setiap apa aplikasi yang anda bekukan akan dibekukan sepenuhnya setelah anda "RESTART" smartphone anda.
Dibawah adalah keputusannya setelah saya RESTART smartphone tersebut.


Tadaaaa... Aplikasi Kemaskini sudah dibekukan..
Saya harap apa yang saya tunjukkan disini membantu anda, dan selesaikan masalah yang anda alami.
Mungkin cara² atau toturial ini terlalu panjang dan memenatkan, Malah sengaja saya gunakan gambar yang besar supaya ianya kelihatan jelas. Mungkin memudahkan proses pemahaman. Walaupun nampak serabut.

Akhir kata, terima kasih kepada anda kerana sudi meluangkan masa untuk membaca dan berkunjun disini.
Dan selamat mencuba,
Sekian.

Nota: 
Sekiranya ada sesuatu yang boleh saya bantu, carilah saya disini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...